TY - JOUR AU - Ismail , Mohd Sufian AU - Sarudin, Anida PY - 2022/07/31 Y2 - 2024/03/29 TI - ANALISIS KATA KUNCI DALAM SOALAN KARANGAN BAHASA MELAYU PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN ATLAS.ti 9 JF - RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya JA - jbsb VL - 1 IS - 1 SE - Articles DO - 10.32890/rentas2022.1.8 UR - https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/14539 SP - 205-222 AB - <p>Perisian ATLAS.ti 9 telah banyak digunakan dalam bidang penyelidikan. Perisian ini mampu diaplikasikan bagi menganalisis koleksi data secara sistematik terutama dalam bentuk teks. Berdasarkan perkembangan ini, penggunaan perisian ATLAS.ti 9 bagi menganalisis soalan karangan wajar dipraktikkan bagi mewujudkan proses analisis yang bersistematik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis kata kunci yang sering digunakan dalam soalan karangan bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membentuk kata kunci utama. Data kajian menggunakan soalan karangan SPM percubaan, soalan karangan SPM ulangan dan soalan karangan SPM sebenar dari tahun 2010 hingga tahun 2020. Alat Pembinaan Soalan Kajian (RQDT), iaitu PICo yang mewakili Populasi, Fokus atau Minat dan Konteks diadaptasi bagi membolehkan aspek utama soalan karangan dapat dikategorikan untuk dianalisis. Kaedah analisis tematik Braun &amp; Clarke dipraktikkan dengan bantuan perisian ATLAS.ti 9 bagi menghasilkan tema tertentu pada setiap kod yang dibina. Tema-tema yang mewakili keseluruhan kata kunci seterusnya dirujuk kepada dua pakar dalam bidang penulisan karangan SPM bagi mendapatkan kesahan. Berdasarkan penyelidikan ini, didapati soalan karangan SPM dapat dikategorikan kepada tiga aspek utama berdasarkan PICo. Selain itu, wujud enam kata kunci utama yang mewakili aspek Populasi, tiga kata kunci utama yang mewakili aspek Fokus dan 12 kata kunci utama yang mewakili Konteks. Perkongsian proses penyelidikan ini penting bagi menjana inovasi guru-guru dalam proses menganalisis sesuatu bahan serta memberi pendedahan berkaitan perisian serta kaedah analisis terkini dalam penyelidikan. Selain itu, hasil kajian ini juga membolehkan penulisan karangan murid mampu difokuskan pada kehendak soalan berdasarkan tiga aspek utama serta tiga kata kunci utama yang sekali gus membuka peluang untuk perkembangan kajian lanjutan berkaitan inovasi dalam penulisan karangan.</p> ER -