TY - JOUR AU - Saimon, Aminnudin AU - Tazudin, Nor Aisyah Hafiza PY - 2022/07/31 Y2 - 2024/03/29 TI - LEKSIS GENDER DALAM NOVEL A. SAMAD SAID: SATU ANALISIS MEDAN SEMANTIK JF - RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya JA - jbsb VL - 1 IS - 1 SE - Articles DO - 10.32890/rentas2022.1.2 UR - https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/14534 SP - 51-84 AB - <p>Leksis merupakan unit yang penting dalam bahasa terutamanya dalam pembentukan ayat. Dari sudut linguistik, leksis merupakan perbendaharaan kata dalam bahasa. Dari sudut linguistik, leksis gender ialah perbendaharaan kata yang melibatkan jantina sama ada jantina lelaki, perempuan atau neuter (neutral). Penyelidik menyenaraikan dua objektif kajian yang utama, iaitu, mengenal pasti penggunaan leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said dan menginterpretasi leksis gender menggunakan teori Medan Semantik (Syed M. Naquib al-Attas, 2001). Data penyelidikan dikumpul daripada empat buah novel terpilih A. Samad Said, iaitu <em>‘Langit Petang (1980)’, ‘Di Hadapan Pulau (2000)’, ‘Sungai Mengalir Lesu (2005)’, </em>dan <em>‘Adik</em> <em>Datang (2012)’. </em>Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif bagi menjawab objektif kajian. Penyelidik juga menggunakan kaedah analisis kandungan teks bagi mengenal pasti leksis gender yang terdapat dalam novel terpilih A. Samad Said. Data leksis gender yang terdapat pada novel tersebut akan dianalisis menggunakan Teori Medan Semantik S. Ullmann (1963) menerusi pendekatan model analisis T. Izutsu (1964) dan Syed M. Naquib al-Attas (1970 dan 2001). Hasil penyelidikan mendapati bahawa leksis gender yang dipaparkan dalam novel terpilih A. Samad Said dikategorikan kepada tujuh kata fokus, iaitu kekeluargaan, bentuk panggilan, gelaran, pekerjaan/jawatan, kata sifat, kata ganti nama diri dan kata nama. Selanjutnya, daripada 10,398 leksis gender yang dikaji, didapati leksis gender daripada kategori kata ganti nama diri mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 5,297 kekerapan, diikuti pula leksis gender daripada kategori kekeluargaan yang berjumlah 1,928 kekerapan dan leksis gender daripada kategori bentuk panggilan sebanyak 1,410 kekerapan. Hasil dapatan akhir menunjukkan bahawa setiap kata fokus akan menerbitkan satu konsepsi berdasarkan medan semantik yang melatarinya. Kata fokus yang dinyatakan mempunyai jalinannya dengan makna setiap kata kunci yang mengelilingi kata fokus yang membentuk lingkungan konsepsi sehingga membentuk medan semantik bagi leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said.</p> ER -