@article{Hamidi_Mohd Ariffin_2022, title={PERANAN DAN CABARAN EJEN PERSURATAN DALAM PENGANTARABANGSAAN SASTERA KONTEMPORARI MELAYU}, volume={1}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbsb/article/view/15764}, DOI={10.32890/rentas2022.1.7}, abstractNote={<p>Ejen Persuratan atau <em>Literary Agent </em>sebagai orang tengah berperanan menjaga hak kepentingan dan memasarkan harta intelek seseorang penulis. Tanggungjawab seorang ejen persuratan, antara lainnya mencari syarikat penerbitan yang bersesuaian dengan karya penulis, mengurus proses rundingan hak cipta dan kontrak penerbitan, serta memantau pembayaran royalti. Selain itu, mereka juga menyelia urusan perundangan ketika proses alih wahana daripada buku kepada media lain seperti bahan untuk siaran televisyen, filem, muzik, teater, atau apa sahaja bentuk karya yang melibatkan harta intelek seseorang penulis. Namun begitu, jika dibandingkan dengan kedudukan ejen dalam industri buku berbahasa Inggeris di United Kingdom dan Amerika Syarikat, kesedaran tentang kewujudan dan peranan ejen persuratan di Malaysia masih lagi rendah. Di Malaysia, peranan ejen persuratan hanya diperlukan secara khusus apabila penulis cuba memasarkan karya mereka ke peringkat antarabangsa. Fungsi dan peranan lain mereka tidak digunakan sepenuhnya. Kesannya, hasil penerbitan sastera kontemporari negara ini belum dapat menembusi pasaran dengan lebih luas. Bagi tujuan itu, penelitian ini menggunakan kaedah analisis tekstual untuk merungkai pendapat sarjana berkenaan peranan dan cabaran ejen persuratan dalam mengangkat sastera berbahasa Melayu serta menghuraikan secara terperinci kedudukan mereka dalam kerangka sastera Melayu kontemporari. Objektif kajian ini adalah untuk meluaskan wacana tentang ejen persuratan, merangkumi peranan pada masa kini, dan fungsi ejen persuratan yang boleh dikembangkan lagi demi memastikan tradisi sastera Melayu lebih berdaya saing terutamanya di peringkat antarabangsa. Dapatan kajian membuktikan kewujudan ejen persuratan dalam industri sastera akan menjadi tulang belakang dan pemangkin yang mencetus semangat penulis baharu dari Malaysia untuk terus berkarya.</p>}, number={1}, journal={RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya}, author={Hamidi, Faraha and Mohd Ariffin, Mohd Azree}, year={2022}, month={Jul.}, pages={181–203} }