RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya ialah jurnal yang merentasi ketiga-tiga bidang, iaitu bahasa, sastera dan budaya yang memberi tumpuan kepada aspek isu pengurusan bahasa berkaitan ketiga-tiga bidang tersebut, dalam rumpun Austronesia dan Malayonesia.  RENTAS memberi tumpuan kepada isu kontemporari berkaitan perancangan taraf dan korpus, pemartabatan, pengantarabangsaan, dan kemanusiaan digital berkaitan bahasa, sastera dan budaya.

RENTAS mengalu-alukan penghantaran manuskrip berkualiti dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang memberi perhatian kepada penyelidikan sinergi ilmu dan bersifat inovasi, serta refleks kepada isu tumpuan.

Muat turun poster Panggilan Makalah