TY - JOUR AU - Azman, Maisarah AU - Sieng, Lai Wei PY - 2021/01/31 Y2 - 2024/03/29 TI - FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PEKERJA MENGIKUT PERSPEKTIF PEKERJA JF - Journal of Business Management and Accounting JA - JBMA VL - 11 IS - 1 SE - Articles DO - 10.32890/jbma2021.11.1.5 UR - https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jbma/article/view/jbma2021.11.1.5 SP - 87-107 AB - <p>Prestasi organisasi bergantung sepenuhnya kepada prestasi kerja yang ditonjolkan oleh pekerja. Kegagalan organisasi untuk mengekalkan prestasi kerja yang baik membawa kepada masalah isu kadar pusing ganti pekerja yang tinggi yang seterusnya menjejaskan produktiviti syarikat dan ekonomi negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam dan swasta di kawasan sekitar Lembah Klang. Data primer diperoleh melalui soal selidik dengan sejumlah 139 responden yang terlibat dalam kajian ini. Analisis faktor digunakan untuk menganalisis data yang sekadar diperoleh. Hasil kajian mendapati pekerja berpendapat bahawa ketiga-tiga faktor, iaitu&nbsp;motivasi, persekitaran tempat kerja serta latihan dan pembangunan mempengaruhi prestasi kerja. Pihak organisasi perlu mengutamakan keperluan motivasi intrinsik kepada pekerja dan menetapkan matlamat latihan yang dijalankan dengan jelas untuk meningkatkan prestasi kerja.</p> ER -