TY - JOUR AU - Bidin, Zainol AU - Md. Idris, Kamil PY - 2009/12/28 Y2 - 2024/03/29 TI - Ramalan Niat Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji: Perbandingan Teori Tindakan Beralasan dan Teori Gelagat Terancang JF - International Journal of Management Studies JA - IJMS VL - 16 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9968 SP - 1-19 AB - <div>Kepatuhan zakat merupakan suatu perkara yang penting dalam meningkatkan kutipan zakat. Faktor niat dianggap sebagai prasyarat terdekat dalam menentukan gelagat kepatuhan seseorang. Bagaimanapun, faktor niat tidak tercetus secara tersendiri kerana ada beberapa faktor lain pula yang berkait rapat dengan ketentuan niat. Justeru, kajian ini membandingkan dua model dalam meramal niat individu: teori tindakan beralasan (TTB) dan teori gelagat terancang (TGT). Sebanyak 250 responden dari organisasi awam dan swasta dianalisis dengan menggunakan pendekatan pemodelan persamaan berstruktur. Keputusan menunjukkan bahawa sikap, norma subjektif, dan kawalan gelagat ditanggap memainkan peranan penting dalam mempengaruhi niat gelagat kepatuhan zakat gaji. Kedua-dua TTB dan TGT meramalkan niat gelagat kepatuhan zakat gaji dengan baik, namun TGT mempunyai kelebihan berbanding TTB apabila kebagusuaian padanan model TGT menunjukkan padanan yang lebih baik berbanding TGT. Di samping itu, keupayaan model TGT dalam meramal niat gelagat menunjukkan peningkatan dalam varian diterang, iaitu 48%. Implikasi terhadap pembuat dasar dan kajian lanjutan turut dibincangkan.</div><p>&nbsp;</p> ER -