TY - JOUR AU - Md Yusof, Syarifah AU - Md Tahir, Raziah PY - 2015/08/31 Y2 - 2024/03/29 TI - Analisis Tafsiran Asnaf Al-Gharimin di Malaysia JF - International Journal of Management Studies JA - IJMS VL - 22 IS - 0 SE - Articles DO - UR - https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10461 SP - 81-100 AB - <div>Islam memperuntukkan zakat sebagai salah satu cara dalam penyelesaian isu hutang. Namun masih terdapat sebilangan individu yang tidak mampu menyelesaikan hutang sehingga diisytiharkan muflis. Masalah keberhutangan dan muflis bukan sahaja menimbulkan kesan yang negatif kepada individu tersebut malah ahli keluarga turut menerima tempiasnya. Persoalannya, adakah semua golongan yang berhutang dan muflis layak untuk mendapatkan zakat bagi mengatasi masalah ini? Sejauh manakah tafsiran asnaf al-gharimin yang sedia ada di Malaysia merangkumi semua golongan yang berhak menerima zakat? Artikel ini bertujuan meneliti tiga perkara utama. Pertama, meneliti isu hutang dan muflis dari perspektif Islam. Kedua, meneliti isu hutang dan muflis di Malaysia. Ketiga, meneliti adakah tafsiran asnaf al-gharimin bagi setiap negeri di Malaysia menyeluruh merangkumi setiap golongan yang berhak menerima zakat. Untuk itu, analisis kandungan berdasarkan data sekunder dijadikan kaedah utama dengan meneliti tafsiran zakat asnaf al-gharimin di setiap negeri di Malaysia. Kajian ini mendapati tafsiran asnaf al-gharimin adalah tidak menyeluruh dan tidak seragam antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu, penambahbaikan terhadap tafsiran asnaf al-gharimin perlu dilakukan oleh pihak yang berkaitan.</div><div>&nbsp;</div><div><strong>Kata kunci</strong>: Asnaf al-gharimin, zakat, hutang.</div> ER -