@article{Mohd Sappri_2008, title={Pengukuran Prestasi Pensyarah Berasaskan Metrik : Satu Kajian Kes}, volume={15}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9868}, abstractNote={<div>Penilaian staf merupakan suatu proses yang kompleks dan dinamik berdasarkan peraturan organisasi dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Pemantauan yang efektif penting untuk kejayaan pembangunan kakitangan di dalam sesebuah organisasi. Penstafan metrik memberikan penyelesaian ke arah pemantauan yang berkualiti melalui maklum balas berkenaan prestasi kakitangan bagi sesebuah organisasi. Kajian penilaian kakitangan telah dijalankan di Fakulti Sains Kuantitatif, Universiti Utara Malaysia (UUM), bertujuan untuk memantau prestasi kakitangan di fakulti berasaskan metrik yang akan dijadikan asas panduan dalam pemantauan lima isu utama: pembangunan kendiri; pembuatan keputusan; kebolehkomunikasi; pengajaran dan penyelidikan. Melalui soal selidik, temu bual dan analisis  dalam kalangan pensyarah diamalkan semasa proses pemantauan. Bagi tujuan ini, Program Penilaian dan Pemantauan Staf (StEMP) yang telah dibangunkan diubahsuai untuk memproses nilai metrik dan memaparkan maklumat seperti peratusan kerja yang dilakukan oleh pensyarah mengikut kategori. Seterusnya output ini akan digunakan untuk menyokong aktiviti pembuatan keputusan oleh pihak fakulti. Sebagai kesimpulannya, kajian ini menerangkan bagaimana penggunaan metrik dapat membantu dalam proses pemantauan untuk mengukur prestasi pensyarah secara berkala.</div> <p> </p>}, number={1}, journal={International Journal of Management Studies}, author={Mohd Sappri, Mazlan}, year={2008}, month={Jun.}, pages={125–142} }