@article{Teong_Yusoff_Ahmad_Mei_2006, title={Perhubungan antara Prinsip-Prinsip TQM dengan Prestasi Organisasi Pendidikan: Satu Kajian Empirikal dalam Sektor Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia}, volume={13}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9276}, abstractNote={<div>Kajian ini menyelidik hubungan antara prinsip pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dengan hasilan organisasi pendidikan dalam bidang kepuasan hati pelajar dan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan dan bersifat keratan rentas. Tinjauan telah dijalankan ke atas 100 buah jabatan pendidikan yang dipilih secara rawak di 10 buah universiti awam tempatan. Sebanyak 85 buah jabatan pendidikan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Saiz sampel ini mewakili hampir 70% daripada populasi jabatan pendidikan. Semua hipotesis telah diuji dengan menggunakan analisis korelasi dan regresi linear. Hasil kajian menyokong semua hipotesis yang dikemukakan, dan ini menyarankan bahawa amalan prinsip-prinsip TQM boleh memanfaatkan organisasi pendidikan. Korelasi Pearson menunjukkan bahawa kesemua prinsip TQM mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan pembolehubah utama kepuasan hati pelajar dan pencapaian akademik pelajar. Analisis komponen utama dan regresi linear mudah telah dijalankan untuk mengurangkan kesan multikekolinearan serta menentukan perhubungan antara pembolehubah Keputusan menunjukkan prinsip-prinsip TQM dapat menerangkan peratusan varians yang signifikan.</div> <p> </p>}, journal={International Journal of Management Studies}, author={Teong, Lim Kong and Yusoff, Rushami Zien and Ahmad, Zainal Ariffin and Mei, Tang Swee}, year={2006}, month={Sep.}, pages={143–161} }