@article{Ahmad_2010, title={Model Pemprosesan Maklumat Kognitif dan Pembuatan Keputusan: Teori dan Amalan dalam Sistem Penilaian Prestasi Pekerja Sektor Awam di Malaysia}, volume={17}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10006}, abstractNote={<div>Kajian ini bertujuan untuk melihat kaitan amalan pembuatan keputusan dengan prestasi pekerja sektor awam di Malaysia dengan memberi perhatian kepada aspek pemprosesan maklumat kognitif. Tumpuan kepada sistem pemprosesan maklumat kognitif yang terlibat secara menyeluruh dibuat memandangkan pentingnya penggunaan maklumat dalam sebarang pembuatan keputusan dan tiada kajian yang komprehensif tentang perkara yang berkaitan dibuat sehingga kini. Penyelidikan yang dijalankan adalah bersifat kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 199 pegawai penilai prestasi yang dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah. Soal selidik yang berkaitan telah dibina dan 155 borang soal selidik yang lengkap telah digunakan untuk tujuan analisis. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifi kan antara pegawai penilai novis dan pakar dalam semua fasa yang terlibat dalam model pemprosesan maklumat kognitif kecuali untuk faktor pemerhatian 1. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifi kan antara pegawai penilai novis dan pakar dalam pelaksanaan pemerhatian, pengkategorian, penyimpanan, pengingatan semula, pengintegrasian dan pembuatan keputusan. Kajian ini penting kepada pembuat dasar, pengamal sumber manusia dan pereka program latihan untuk membaiki aspek pelaksanaan penilaian prestasi yang menjadi amalan penting bagi organisasi. Kajian ini juga membuka ruang kepada pemahaman yang lebih menyeluruh dari segi amalan pembuatan keputusan berkaitan penilaian prestasi pekerja dengan mendekatinya dari aspek kognitif proses yang terlibat. Pemahaman yang lebih mendalam dan menyeluruh ini diharap akan membuka ruang kepada pelaksaaan satu sistem penilaian prestasi yang diterima ramai dan adil.</div> <p> </p>}, number={2}, journal={International Journal of Management Studies}, author={Ahmad, Rusli}, year={2010}, month={Dec.}, pages={201–224} }