@article{Ahmad_Mohamed Yusop_2010, title={Pembiayaan Ekuiti Musyarakah Mutanaqisah (MMQ): Perubahan Daripada Al-Bai’ Bithaman Ajil (BBA) Berasaskan Pengalaman Teras Dara Consortium (TDC)}, volume={17}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10005}, abstractNote={<div>Sistem perbankan Islam adalah satu sistem yang menekankan keadilan berdasarkan konsep perkongsian keuntungan. Malangnya kebanyakan produk pembiayaan perbankan Islam masa kini adalah pembiayaan-hutang yang bercanggah dengan dasar keadilan perbankan Islam. Lantaran itu perbankan Islam perlu meningkatkan produk pembiayaan yang bercirikan keadilan berdasarkan pembiayaan-ekuiti. Sehubungan itu makalah ini cuba menerokai kemungkinan bagaimana pembiayaan-hutang boleh diubahsuai kepada pembiayaan-ekuiti. Pengubahsuaian akan dilakukan ke atas Bai’ Bithaman Ajil (BBA) memandangkan kaedah BBA merupakan kaedah yang paling banyak diamalkan pada masa kini. Analisis ubahsuai dilakukan secara teori daripada konsep murabahah dalam BBA kepada konsep musyarakah mutanaqisah (MMQ), manakala bukti empirikal dilakukan berasaskan kepada pengalaman Teras Dara Consortium (TDC). Kajian mendapati bahawa konsep pembiayaan-hutang dalam BBA boleh diubahsuai kepada pembiayaan-ekuiti berkonsepkan MMQ. Pengalaman TDC membuktikan bahawa pengamalan konsep ini tetap mendatangkan keuntungan, dapat mempercepatkan unit jualan, dapat menambah penyertaan golongan berpendapatan rendah dan dapat mengubah motif pembiayaan daripada keuntungan kepada kebajikan. Implikasinya ialah perubahan sedemikian dapat meningkatkan fungsi sebenar perbankan Islam serta dapat meningkatkan taraf kebajikan masyarakat.</div> <p> </p>}, number={2}, journal={International Journal of Management Studies}, author={Ahmad, Sanep and Mohamed Yusop, Nora Yusma}, year={2010}, month={Dec.}, pages={183–199} }