@article{Abdullah_Mohd Noor_Md Yusof_2022, title={KONSEP NIAT MENURUT IMAM GHAZALI DARIPADA PERSPEKTIF GELAGAT KEPENGGUNAAN}, volume={6}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijib/article/view/14555}, DOI={10.32890/ijib2021.6.2.2}, abstractNote={<p>Islam mementingkan niat dalam setiap tindakan kerana sesuatu perbuatan adat boleh berubah menjadi ibadat. Jika ditelusuri niat dalam teori Barat, mereka tidak menitikberatkan soal pahala dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dalam kepenggunaan, walaupun niat turut dititiberatkan oleh para sarjana Barat selain Islam, namun yang membezakan kedua-duanya adalah perkara ukhurawi yang disentuh oleh Islam. Niat penting kerana ia mampu mendorong seseorang bertindak dengan berhikmah dan membawa manfaat untuk hari akhirat. Antara ulama yang banyak membincangkan tentang niat dalam aktiviti seharian adalah Imam al- hazali. Kebanyakan kajian lepas yang berkaitan niat pengguna adalah berteraskan teori yang diperkenalkan oleh Barat tanpa merujuk perbincangan teori Islam mengenainya. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti konsep niat dalam kepenggunaan menurut pandangan Imam al-Ghazali yang merupakan seorang sarjana ulung dunia Islam. Metode kajian adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini mendapati niat akan menentukan pahala seseorang dalam aktiviti kepenggunaan yang dilakukannya. Oleh itu, pengguna perlu menetapkan niat yang betul dalam aktiviti kepenggunaan agar perbuatan yang dilakukan bernilai di sisi Allah SWT.</p>}, number={2}, journal={International Journal of Islamic Business}, author={Abdullah, Azmawida and Mohd Noor, Mohd Murshidi and Md Yusof, Syarifah}, year={2022}, month={Mar.}, pages={15–24} }