@article{Md Yusof_Hamed_Md Tahir_Othman_2018, title={USAHAWAN WANITA MUSLIM BERJAYA: AMALAN GAYA HIDUP ISLAM}, volume={3}, url={https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijib/article/view/13327}, DOI={10.32890/ijib2018.3.1.1}, abstractNote={<p>Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang mencabar. Terdapat ramai usahawan wanita Muslim yang menceburi bidang keusahawanan, namun tidak semua berjaya. Usahawan yang berjaya sudah pasti mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka yang gagal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan gaya hidup Islam berdasarkan ciri-ciri keimanan, ibadah dan akhlak yang diamalkan oleh usahawan wanita Muslim berjaya. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan kaedah fenomenologikal untuk mempelajari pengalaman sebenar usahawan wanita Muslim berjaya dalam menguruskan perniagaan mereka. Pemilihan usahawan yang terlibat dalam kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan dan temu bual mendalam digunakan untuk mengutip data daripada mereka. Data dianalisis menggunakan kaedah kondensasi data, pembentangan data dan melakar rumusan dan pengesahan. Penemuan kajian menunjukkan usahawan wanita Muslim berjaya meyakini konsep keberkatan rezeki, rezeki ketentuan Allah dan berdoa. Sementara itu elemen ibadah yang diamalkan oleh mereka melibatkan zakat, sedekah, solat duha, baca al-Quran dan bersilaturrahim. Elemen akhlak pula menunjukkan sifat syukur, tawakal, sabar dan pemurah menjadi amalan usahawan wanita Muslim berjaya. Oleh itu untuk berjaya dan mencapai al-falah, usahawan wanita Muslim perlu menerapkan nilai-nilai keimanan, meningkatkan ibadah serta berakhak mulia. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam mengurus perniagaan mereka dengan baik dan bijaksana, seterusnya berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menperolehi kejayaan dunia dan akhirat.</p>}, number={1}, journal={International Journal of Islamic Business}, author={Md Yusof, Syarifah and Hamed, Abu Bakar and Md Tahir, Raziah and Othman, Azizah}, year={2018}, month={Jun.}, pages={1–18} }