Inisiatif dan Inovasi Institusi Zakat Era Pendemik COVID-19 – Satu Penelitian terhadap Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
DOI:
https://doi.org/10.32890/ijib2021.6.2.1Keywords:
Zakat, Lembaga Zakat Negeri Kedah, asnaf, inovasi, Covid-19Abstract
Peranan Intitusi Zakat ialah memastikan tujuan pensyariatan zakat dapat dirasai oleh umat manusia, ia bukan sahaja menyentuh aspek ibadah, tetapi juga aspek manfaat kepada kehidupan manusia. Justeru, peranan institusi zakat perlu diperkasakan dari masa ke masa. Situasi covid-19 menyaksikan banyak perubahan dan ramai yang terkesan dari sudut kesihatan mahupun ekonomi. Oleh demikian, institusi zakat, tanpa inisiatif dan inovasi tidak mungkin dapat memainkan peranan dengan efektif dalam menangani cabaran dan membantu kumpulan asnaf sedia ada dan juga kumpulan asnaf baharu dan miskin relatif dalam era covid-19. Justeru, objektif kajian ialah mengenalpasti cabaran dan inovasi yang dilakukan oleh institusi zakat di Malaysia. Kajian mendapati sangat sedikit institusi zakat yang terlibat dalam inovasi dan di antaranya, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang terkehadapan. Sehubungan itu, LZNK telah di pilih untuk memenuhi objektif kajian ini. Kaedah yang digunakan merangkumi penelitian teks, laporan dan temubual. Hasil kajian menunjukkan LZNK telah mengambil inisiatif pragmatik dan memperkenalkan inovasi yang berkesan dalam memperkasakan peranan institusi zakat untuk mencapai tuntutan Maqasid Al-Shariah. Hasil kajian ini di harap dapat menyumbang ilmu baru dan menjadi rujukan kepada berbagai pihak di dalam dan di luar negara bagaimana sesebuah institusi zakat dapat memainkan peranan melangkaui peranan tradisinya dengan anjakan pradigma dalam pengurusan dan inovasi dalam operasinya.
Downloads
References
Abdul Hafiz Farghali Ali al-Qarni (1989). Az Zakah Wa Hajatul ‘Asr, Kaherah: Dar Sohwah. Ms
Abdul Rahman As-Sa’di (2002). Taysiir Al-Karim Al-Rahman, Dar As-Salam, Riyadh, Arab Saudi, jilid 3/277, 401
Al-Qardhawy (1985). Fiqh Az-Zakah, Muassasah Ar-Risalah, Beirut. ms628
At-thobari, Jaamiul Bayan (1994). Muassasah Risalah, Beirut, jilid 7/371
Astro Awani (2021, 18 Jun) COVID-19: Lebih 600,000 isi rumah M40 tergelincir ke kategori B40. Dicapai daripada https://www.astroawani.com/berita-bisnes/covid19-lebih-600000-isi-rumahm40-tergelincir-ke-kategori-b40-303788 Berita Harian. (19 April 2021). M40 berisiko beralih kepada B40. Dicapai daripada https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/04/808318/m40-berisiko-beralih-kepada-b40
Buletin Suku Tahunan (2021). Perkembangan Ekonomi Malaysia. Dicapai daripada https://www.bnm.gov.my/documents/20124/3434930/p3_bm.pdf
Dr. Abdul Hamid Mahmoud Al-Ba’li (1991). Iqtisodiyyat Az-Zakah, Dar As-Salam, Kaherah, ms108
Ibnu Katsir (2000). Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, Maktabah Aulad As-Syeikh At-Turath, Giza, 3/277
Ibrahim Bin Muhammad Ad-Dhabi’I (1988). As-Sadaqat Wa Athaaruha ‘Alal Fardi Wa Al-Mujtama’, Mathabi’ Al-Watan Al-Fanniyyah, ms
Ibrahim, M. F. (2020). Pandemik covid-19 dan implikasi terhadap institusi zakat di Malaysia sebagai institusi kewangan sosial Islam. E-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan. Ketua Jabatan Agihan LZNK, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat LZNK, Penolong Pengurus Jabatan
Agihan, LZNK, Pengurus Eksekutif, Bahagian Pembangunan Asaf LZNK. (2021, Julai 5, 6 & 13), Inovasi LZNK dalam mendepani Covid-19 (temubual)
Kesan Pandemik Covid-19 Kepada Usahawan (2020) (https://www.insken.gov.my/article/kesanpandemik-covid-19-kepada-usahawan/)
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Survei Khas Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi Dan Individu. Dicapai pada 28 Jun 2021 di https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/covid19/Analisis_Survei_Khas_Kesan_COVID-19_Kepada_Ekonomi_dan_IndividuLaporan_Penuh.pdf
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2021). Siaran Akhbar Statistik Utama Tenaga Buruh Di Malaysia, Februari 2021. Dicapai pada Julai 2021 di https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=UXlFcW1pSnhhZUFSSTc0RD hnR3V3dz
Mohd Adib Ismail (2020). Covid-19 dan ekonomi negara. Dicapai daripada https://www.ukm.my/dradib/covid-19-dan-ekonomi-negara/
Mohd Nasaruddin Parzi (2021, 25 Jun). Pakej bantuan besar-besaran elak rakyat terus sengsara. BH Online. Dicapai daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/832020/pakejbantuan-besar-besaran-elak-rakyat-terus-sengsara
Mohd Faisol Ibrahim (2020). Pandemik Covid-19 Dan Implikasi Terhadap Institusi Zakat Di Malaysia Sebagai Institusi Kewangan Sosial Islam. E-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan 2020. April – Mei 2020. Dicapai daripada https://www.researchgate.net/publication/345319377_PANDEMIK_COVID19_DAN_IMPLIKASI_TERHADAP_INSTITUSI_ZAKAT_DI_MALAYSIA_SEBAGAI_INS TITUSI_KEWANGAN_SOSIAL_ISLAM/link/5fa3b441a6fdcc0624150e58/download Nurul Adilah Hasbullah, Asmak Ab Rahman, Peranan Pemegang Taruh Dalam Menjaga Kebajikan Ekonomi Rakyat Semasa Pandemik Covid-19 Dari Perspektif Ekonomi Islam, The Journal of
Muamalat and Islamic Finance Research Vol. 17, Special Issues 2020, Pp. 71-89 ISSN: 1823075X, e-ISSN: 0126-5954
Perkembangan Ekonomi Malaysia. (2021). Buletin Suku Tahunan. Dicapai daripada https://www.bnm.gov.my/documents/20124/3434930/p3_bm.pdf Siti Suriani Othman, Inovasi Zakat Dalam Orientasi Pembangunan Jangka Panjang, Universiti Sains Islam Malaysia, Disiarkan pada 11 November 2020
Teh Suhaila Tajuddin, NurNaddia Nordin, Aza Shahnaz Azman, Norzalina Zainudin (2016). Inovasi Agihan Zakat Secara Elektronik Melalui E-Dermasiswa, Proceeding of the 2nd International Conference on Economics & Banking, e-ISBN: 978-967-0850-40-Rujukan dalaman Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) secara temubual.
Yusup Hashim (1994). Penggunaan Teknologi Dalam Inovasi Pendidikan, Pendidikan Dan Pendidikan, Jilid 13





