MODEL NIAT UNTUK BERJAYA DALAM KALANGAN PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA MUSLIM: TINJAUAN BERDASARKAN KEPADA PENDEKATAN TEORI KELAKUAN TERANCANG (TPB)

Authors

  • Mohamad Azmi Abdullah Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Fauzi Hussin Universiti Teknologi Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijib2021.6.1.1

Abstract

PKS di Malaysia mempunyai peranan penting kepada negara memandangkan sumbangan yang signifikan kepada KDNK pada tahun 2020 serta boleh dianggap sebagai tulang belakang kepada ekonomi negara. Daripada aspek pemilik atau pengurus, niat untuk berjaya dalam perniagaan PKS berperanan dalam menentukan arah tujuan PKS pada masa hadapan dan ini memberi impak kepada prestasi perniagaan PKS. Artikel ini cuba membincangkan faktor penentu kepada niat untuk berjaya dalam kalangan PKS Muslim di Malaysia. Selain itu, artikel ini cuba membincangkan peranan pemboleh ubah demografi terhadap niat untuk berjaya dalam kalangan pengurus dan pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Muslim. Bagi mencapai objektif kajian, TPB (Teori Kelakuan Terancang) diaplikasi dengan menganalisis kajian lepas dengan mencadangkan beberapa penentu kepada Kelakuan Tingkah laku (PBC) terhadap niat untuk berjaya dalam kalangan PKS Muslim. Seterusnya, kajian cuba membincangkan peranan LKI dan demografi dalam model penentu kepada niat untuk berjaya dalam kalangan PKS Muslim dengan menganalisis pemboleh ubah umur, pendidikan dan jantina dalam model kajian. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada teori berkaitan PKS untuk kajian akan datang.

Metrics

Metrics Loading ...

Downloads

Published

29-03-2022

How to Cite

Abdullah, M. A. ., & Hussin, M. F. . (2022). MODEL NIAT UNTUK BERJAYA DALAM KALANGAN PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA MUSLIM: TINJAUAN BERDASARKAN KEPADA PENDEKATAN TEORI KELAKUAN TERANCANG (TPB). International Journal of Islamic Business, 6(1), 1–14. https://doi.org/10.32890/ijib2021.6.1.1

Issue

Section

Articles