Majlis Penasihat Syariah Sebagai Rujukan Kehakiman dalam Pertikaian Kewangan di Mahkamah Sivil di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.32890/ijib2018.3.2.2Keywords:
Isu Syariah, rujukan hakim, kes kewangan Islam, MPS, Mahkamah SivilAbstract
Dalam mengukuhkan pembangunan Sistem Kewangan Islam di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan bagi menyelaras prinsip-prinsip Syariah dalam isu-isu kewangan Islam dan menjadi bahan rujukan utama dalam kes kewangan Islam di Malaysia seperti yang telah diperuntukkan di dalam seksyen 56 dan 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009. Namun demikian, terdapat beberapa kes yang diputuskan masih tidak merujuk kepada MPS. Apakah sumber rujukan hakim Mahkamah Sivil dalam memutuskan kes kewangan Islam? Kertas kerja ini mengupas tentang rangka kerja penyelesaian pertikaian kes kewangan Islam di Malaysia dan menganalisis beberapa rujukan kes kewangan Islam. Metode yang digunakan dalam menghasilkan kertas kerja ini adalah kaedah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan bagi menganalisis maklumat daripada buku, jurnal, kajian ilmiah, disertasi, tesis, kertas kerja, laporan bertulis dan lain-lain sumber yang berkaitan. Antaranya, maklumat yang dikumpulkan adalah rekod-rekod mahkamah iaitu kes-kes perbankan Islam yang telah diputuskan dan juga ulasan penghakiman yang sedia ada. Kajian ini mendapati bahawa mahkamah lebih cenderung dalam memutuskan isu berbangkit berkaitan Syariah tanpa merujuk kepada MPS. Oleh yang demikian, aspek pelaksanaan rujukan kehakiman bagi pertikaian kewangan Islam perlu diberi perhatian bagi memastikan kredibiliti institusi kehakiman dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.
Downloads
References
Bank Negara (2016) Siaran Akhbar Pelaksanaan Skim Ombudsman Kewangan.
Bank Negara (2006) Sistem Kewangan Islam.
Bank Negara (2014) Manual Rujukan Mahkamah Dan Penimbang Tara Kepada MPS Bank Negara Malaysia Di Bawah Seksyen 51 Dan Seksyen 56 Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Hizri Hasshan (2017) Syariah Non Compliance Issues And Defence Of Illegality In Islamic Finance Litigation. Malayan Law Journal 1(March):1–15. Jasri Jamal. Ruzian Markom. 2009. Sistem Kewangan Islam Di Malaysia: Perlukan Ke Mahkamah Syariah. Dlm Anwar Fakhri Bin Omar. Mat Noor Mat Zin. Seminar Muamalat, Ekonomi dan Kewangan Islam Peringkat Antarabangsa. Cetakan Pertama. Selangor. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Najahudin Lateh. 2010. Sistem Kewangan Islam Dalam Kerangka Perundangan Negara. Seminar Syariah dan Undang-Undang Peringkat Kebangsaan. Universiti Sains Islam Malaysia Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif. Ruzian Markom. 2013. Peranan dan Kedudukan Majlis Penasihat Syariah Untuk Memperkasakan Sistem Kewangan Islam Di Malaysia. Cetakan Pertama. Selangor. Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Johan Lee. 2014. Legal Documentation For Islamic Banking. IBFIM Kuala Lumpur. Muhammad Hafiz Badarulzaman. 2014. Kajian Kes Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Lwn Bank Islam (M) Berhad Mengenai Isu Penentuan Keputusan Oleh Mahkamah Atau Majlis Penasihat Syariah Dalam Hal-Hal Kewangan Dan Perbankan Islam. UUM Journal Of Legal Studies. Volume 5. Universiti Utara Malaysia. Rusni Hasan. Mohamad Azam Hussain. Adnan Yusoff. 2013. Penubuhan Dan Bidang Kuasa Mahkamah Muamalat Di Malaysia: Isu Dan Cabaran. Cetakan Pertama. Selangor. Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Surianom, Nor 'Adha (2011) Alternative Disputes Resolution In Islamic Finance: From Advesarial Perspective To Non-Adversarial Justice. Selangor International College University. 224-234.
Abdul Hamid (2012) The Shari’ah Advisory Council Role In Resolving Islamic Banking Disputes In Malaysia : A Model To Follow ? Research Paper International Syariah Research Academy For Islamic Finance (47):1–43. Tun Abdul Hamid Mohamad. Dr. Adnan Trakic. 2012. The Shariah Advisory Council's Role In Resolving Islamic Banking Disputes In Malaysia: A Model To Follow?. International Shariah Reasearch Academy for Islamic Finance (ISRA). Research Paper (No: 47/2012).
Tun Arifin Zakaria (2013) A Judicial Perspective On Islamic. IIUM Law Journal 21(2):143–82.
Zanirah, Abdul Majid, Mohd Khairul (2017) Sistem Perbankan Islam: Aplikasi Dan Cabarannya Dari Perspektif Undang-Undang Di Malaysia.The International Seminar On Islamic Jurisprudence In Contemporary Society (Islac 2017) ISBN : 978-967-0899-57-2.Hlmn 845-858.





