Applied History Journal of Merong Mahawangsa https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm
Applied History Journal of Merong Mahawangsa (AHJMM) is a refereed journal published yearly (July) by Universiti Utara Malaysia for the School of Languages, Civilisation and Philosophy. This journal serves as a medium for sharing of ideas amongst academics, practitioners, experts and researches as well as those interested in the discipline of history. It’s focuses on any writing related to pure history, applied history and public history. AHJMM also accepts articles pertaining to aspects of historical management which relevant to social sciences, nationhood studies, religion, civilisation, philosophy and thoughts which are parallel to the fields advocated promoted by UUM. AHJMM is an open access journal and practices the principle of single-blind review by expertise both from abroad or local referees.
en-US zul1085@uum.edu.my (Dr. Zulhilmi Paidi) uumjournals@uum.edu.my (UUM Journals) Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 OJS 3.3.0.6 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 SEJARAH GUNAAN: PENDEKATAN BARU PENSEJARAHAN DI MALAYSIA (Applied History: New Historical Approach in Malaysia) https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19135
ABSTRAK

Sejarah seperti bidang-bidang lain juga merupakan satu bidang yang dinamik. Walaupun ia secara konservatif sering digambarkan sebagai “history is for the winner,” namun ia sebenarnya merupakan gambaran kehidupan masyarakat sezaman. Bidang sejarah berkembang menjadi disiplin ilmu yang menceritakan tentang manusia dan masyarakat berada dalam landasan ilmunya yang tersendiri. Kemunculan bidang sains yang menguasai disiplin sains sosial dan kemanusiaan telah memberikan impak yang besar terhadap bidang sejarah. Abad ke 20 sekali lagi telah menyaksikan transformasi dalam bidang sejarah apabila ia telah diintegrasikan ke dalam bidang-bidang sains sosial yang lain dan berubah dari sejarah tulen atau sejarah murni kepada sejarah gunaan. Kertas kerja ini membincangkan tentang perkembangan disiplin sejarah yang membawa kepada kemunculan sejarah gunaan yang merupakan pendekatan baru di Malaysia. Secara keseluruhannya kemunculan pendekatan baru dalam disiplin sejarah di Malaysia adalah selari dengan perkembangan yang berlaku di seluruh dunia terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat. Transformasi disiplin sejarah ini dilihat sebagai serampang dua mata iaitu memaksimumkan peranan fundamentalnya dalam pembangunan negara - bangsa dan dalam masa yang sama untuk memastikan survival disiplin sejarah kekal relevan sama seperti disiplin-disiplin ilmu yang lain dalam arus perdana sistem pendidikan negara.

ABSTRACT

History is always dynamic in nature just like any other disciplines. Although it is conservatively portrayed that "history is for the winner," but it is actually a reflection of the life of contemporary society. The field of history evolved into a discipline that analyzes human nature and society on its own track of knowledge. This field has been significantly affected by the development of science that dominates the disciplines of humanities and social science. The 20th century has once again seeing a transformation within the field of history, when it was integrated into other areas of social sciences and transformed from pure history to the new approach known as ‘Applied History’. This paper aims to discuss the development of history disciplines that led to the emergence of the ‘Applied History’ in Malaysia. Overall, the emergence of ‘Applied History’ within the historical discipline in Malaysia is in line with the developments which revolving around the world, particularly in Europe and United States of America. The transformation of the new approach in the domain of history is seen as a two-pronged advantages of the fundamental role in the nation building development while ensuring the survival of history disciplines remain relevant just like other disciplines in the mainstream of the national education system.

Rohani Abdul Ghani Copyright (c) 2023 Applied History Journal of Merong Mahawangsa https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19135 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 SEJARAH AWAM, PEMIKIRAN DAN AKTIVISME OMAR MOHD HASHIM (PUBLIC HISTORY, THOUGHT AND ACTIVISM OF OMAR MOHD HASHIM) https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19684
Sejarah Awam (Public History) sebuah konsep baharu di Malaysia. Namun secara praktisnya, fenomena yang dirujuk sebagai ‘Sejarah Awam’ bukan hal asing di negara ini. Ia telah lama berkembang semenjak era penulisan hikayat lagi. Dalam hal ini, fenomena tersebut boleh dikatakan sekadar ‘baharu’ menemukan landasan heuristik. Artikel ini cuba menghujah serta mempertahankan usulan di atas secara konseptual dan empirikal melalui gandingan konsep Sejarah Awam dengan keprihatinan Allahyarham Tan Sri (Dr.) Omar Mohd Hashim ke atas fenomenanya sebelum ia ditakrif sebagai ‘Sejarah Awam.’ Analisis memfokuskan dua perkara. Pertama, pemikiran sejarah Omar dan kedua, aktivisme beliau bersama organisasi pimpinannya, Persatuan Sejarah Malaysia. Fokus perbincangan ini bukan sahaja untuk memprofilkan pemikiran dan aktivisme Omar, tetapi juga memperlihatkan Sejarah Awam dalam bentuk fenomena telah muncul lebih awal sebelum ia dikonseptualisasikan. Hal ini penting bagi mengimbangi beberapa penulisan terdahulu, yang seolah-olah melihat fenomena ‘Sejarah Awam’ hanya muncul setelah konsepnya diartikulasikan secara formal. Artikel ini bersifat argumentatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan ke atas data primer, temubual dan juga bahan sekunder. Penemuan artikel ini adalah, dalam kes Malaysia, meskipun konsep ‘Sejarah Awam’ muncul lebih terkemudian, namun keprihatinan ke atas fenomenanya telah wujud semenjak sekian lama.

ABSTRACT

‘Public History’ is a new concept in Malaysia. Practically, the phenomenon referred as 'Public History' is not novel in this country. It has been developing for a long time since the era of traditional historical writing. In this case, the phenomenon can be simply said as a 'new' finding on a heuristic basis. This article tries to argue and defend the above proposal, conceptually and empirically through the coupling of the concept of Public History and the concern of the late Tan Sri (Dr.) Omar Mohd Hashim on the phenomenon before it was defined as 'Public History.' The analysis focuses on two things. First, Omar’s historical thought and second, his activism with Persatuan Sejarah Malaysia (PSM). The focus of this discussion is not only to profile Omar's thoughts and activism, but also to show Public History in the form of a phenomenon that has appeared earlier before it was conceptualized. This is important to neutralize some previous writings, which seemed to see the phenomenon of 'Public History' only appearing after the concept has been formally articulated. This article is argumentative by using content analysis methods on primary data, interviews and also secondary materials. The finding of this article is that in the case of Malaysia, although the concept of 'Public History' appeared later, the concern over the phenomenon has existed for a long time.

Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir Copyright (c) 2023 Applied History Journal of Merong Mahawangsa https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19684 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 PROPAGANDA SURAT KHABAR HARIAN RAKJAT SEMASA KONFRONTASI INDONESIA-MALAYSIA, 1963–1965 (Propaganda of Harian Rakjat Newspaper During the Indonesia-Malaysia Confrontation, 1963-1965) https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19019
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kegiatan propaganda surat khabar Harian Rakjat yang diterbitkan oleh Partai Komunis Indonesia (PKI) semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963 sehingga 1965. Tujuan kajian ini adalah melihat sejauhmana PKI memanfaatkan surat khabar Harian Rakjat untuk menyebarkan propangada untuk meraih sokongan rakyat mengganyang Malaysia. Strategi PKI menggunakan propaganda melalui tulisan dan karikatur dilihat telah berjaya menyemai kebencinan rakyat terhadap pemimpin dan rakyat Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan. Kajian perpustakaan ditumpukan kepada penggunaan dokumen-dokumen surat khabar terbitan Parti Komunis Indonesia yang tersimpan di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia dan kajian lapangan seperti temubual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa propaganda Parti Komunis Indonesia menggunakan surat khabar, baik melalui tulisan-tulisan mahupun penggunaan karikatur telah berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia untuk menyokong dasar politik konfrontasi Presiden Sukarno terhadap Malaysia. Sokongan rakyat ini diterjemahkan melalui sambutan rakyat terhadap kempen Mengganyang Malaysia yang dilaungkan oleh Presiden Sukarno.

ABSTRACT

This research aimed to review the propaganda activities involved in the Harian Rakjat newspaper which was published by the Indonesian Communist Party (PKI) during the Indonesia-Malaysia Confrontation between 1963-1965. The main objective of this research was to discover how far PKI utilise the Harian Rakjat newspaper to spread propaganda in order to gain the Indonesia citizen’ support to (go against, criticise, destroy) Malaysia. PKI’s strategies spreading propaganda through caricature and writing were deemed successful in sowing hatred among Indonesian citizens towards Malaysian leader and citizens. This research employed the library research method in collecting data. The library research was centralized on the use of newspapers published by the Indonesian Communist Party which was kept at the National Library of Indonesia as well as through field studies which encompassed interviews and observations. The findings of this research had shown that the Indonesian Communist Party’s propaganda in utilising the newspaper either through writings or caricatures had successfully influenced Indonesian citizens to support Sukarno’s political confrontation towards Malaysia. This support was portrayed through the great responses from the Indonesian citizen on the “Mengganyang Malaysia campaign” masterminded and chanted by Sukarno.
Samsul Kamil Osman Copyright (c) 2023 Applied History Journal of Merong Mahawangsa https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19019 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 UNSUR-UNSUR SEJARAH DALAM CERITA RAKYAT MELAYU DI MALAYSIA (Historical Elements in Malay Folklores in Malaysia) https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/18998
ABSTRAK

Cerita rakyat Melayu merupakan bukti keunggulan masyarakat Melayu dalam menghasilkan karya yang kreatif dan berguna. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan cerita rakyat hanyalah dongeng semata-mata dan tidak memberi sebarang nilai positif. Walhal, sekiranya cerita rakyat dikaji secara mendalam sememangnya mengandungi nilai dan unsur sejarah yang boleh dijadikan teladan. Cerita rakyat Melayu diselitkan dengan unsur sejarah yang mengandungi mesej positif dan mampu mendorong pembentukan jati diri kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur sejarah yang terdapat dalam cerita rakyat Melayu dalam konteks pembentukan jati diri kanak-kanak. Rentetan itu, kajian ini melakukan penelitian terhadap aspek unsur sejarah dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan yang berpotensi untuk membentuk jati diri golongan kanak-kanak. Selanjutnya, deduktif kajian ini ialah salah satu prinsip Takmilah iaitu prinsip hubungan khalayak dengan karya untuk menghuraikan analisis dengan lebih jelas. Selain itu, metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan lapangan yang dilakukan di daerah Tumpat, Kelantan digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data yang tepat. Akhir sekali, kajian ini mendapati unsur sejarah yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu di Bachok terbukti dapat dijadikan sebagai medium untuk membentuk jati diri golongan kanak-kanak.

ABSTRACT

Malay folklore is a proof of the excellence of the Malay community in producing creative and useful works. However, there are still a few people who think that folklore is just a fairy tale and does not give any positive value. However, if folklore is studied in depth, it indeed contains historical values and elements that can be used as an example. Malay folklore is infused with historical elements that contain positive messages and are able to encourage the formation of children's identity. Malay folklore is interspersed with historical elements that contain a positive message and are able to encourage the formation of children's identity. Therefore, this study was conducted to identify and analyze the historical elements found in Malay folklore in the context of the formation of children's identity. As a result, this study examines the aspects of historical elements in Malay folklore in Bachok, Kelantan that have the potential to shape the identity of children. Furthermore, the deductive of this study is one of the principles of Takmilah which is the principle of audience relationship with the work to describe the analysis more clearly. In addition, a qualitative approach involving library and field methods is used to obtain accurate information and data. In addition, the research methodology uses a qualitative approach involving library and field methods carried out in Tumpat district, Kelantan to obtain accurate information and data. Finally, this study found that the historical elements contained in the Malay folklore in Bachok proved to be used as a medium to form the identity of children.

Muhammad Nur Al-Hakim Mohamad Hanafiah, Mohd Firdaus Che Yaacob Copyright (c) 2023 Applied History Journal of Merong Mahawangsa https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/18998 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 PENGETAHUAN GENERASI MUDA TERHADAP GAGASAN RUKUN NEGARA (Young Generation Knowledge towards the Philosophy of Rukun Negara) https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19147
ABSTRAK

Rukun Negara adalah deklarasi falsafah kebangsaan yang telah diwujudkan sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia mempunyai matlamat untuk memastikan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat hidup harmoni dan bersatu padu. Kajian dan tulisan mengenai Rukun Negara agak terhad terutamanya berkaitan kesedaran dan penghayatan generasi muda. Walaupun terdapat usaha untuk mengukuhkan kesedaran masyarakat dari masa ke semasa, kita masih belum jelas dengan keberkesanannya. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan mengenai tahap pengetahuan generasi muda terhadap gagasan ini. Kajian tinjauan telah dijalankan dalam kalangan mahasiswa yang berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 25 tahun. Rasional pemilihan mereka adalah kerana merekalah yang akan mencorakkan dan seterusnya menerajui negara di masa depan. Jika sekiranya mereka mempunyai kesedaran yang tinggi, maka ia merupakan satu petanda yang sangat baik kepada negara. Ini akan menjadi asas dalam usaha untuk memantapkan penggunaan Rukun Negara sebagai wadah perpaduan dan kemajuan negara. Dapatan daripada tinjauan terhadap 240 responden menunjukkan generasi muda mempunyai pemahaman yang agak baik berkaitan Rukun Negara. Secara keseluruhannya, mereka mampu untuk menjawab persoalan asas berkaitan Rukun Negara dengan sebaiknya. Ini menunjukkan teras kepada pembentukan jiwa generasi muda untuk pengukuhan perpaduan sudah wujud, maka usaha seterusnya perlu dilaksanakan dengan baik. Kajian ini sangat signifikan dalam memberikan pemahaman mengenai status pengetahuan generasi yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan terhadap falsafah kebangsaan.

ABSTRACT

Rukun Negara is a declaration of national philosophy that has been created for decades. It has the goal of ensuring that the multi-racial community in this country can live in harmony and unity. Studies and reviews on Rukun Negara are quite limited, especially in relation to the awareness and appreciation of the younger generation. Although there are efforts to strengthen community awareness from time to time, we are still not clear about the effectiveness of those efforts. The purpose of this study is to answer questions about the level of knowledge of the young generation about this idea. A survey was conducted among students aged between 20 and 25 years old. The rationale for their selection is that they are the ones who will shape and lead the country in the future. If they have high awareness, then it is a very good sign for the country. This will be the basis for efforts to strengthen the use of Rukun Negara as a vehicle for national unity and progress. Findings from a survey of 240 respondents show that the younger generation has a relatively good understanding of Rukun Negara. Overall, they are able to answer basic questions related to Rukun Negara well. This shows that the foundation for the formation of the soul of the young generation for the strengthening of unity already exists, so the next effort needs to be implemented well. This study is very significant in providing information on the level of knowledge of national philosophy among the young generation that will become future leaders.

Sakinah Muslim, Nor Azizah Zainal Abidin, Marfunizah Ma’dan , Anita Trisiana Copyright (c) 2023 Applied History Journal of Merong Mahawangsa https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19147 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 PEMBENTUKAN PERPADUAN DI MALAYSIA MELALUI NILAI BUDAYA DALAM ANIMASI UPIN DAN IPIN (Unity Formation in Malaysia Through Cultural Values in Upin and Ipin Animation) https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19011
ABSTRAK

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa perpaduan kaum di Malaysia belum lagi utuh. Perasaan curiga antara kaum masih lagi wujud kerana sesetengah masyarakat yang terpengaruh dengan sentimen perkauman yang sering dihujahkan oleh pihak-pihak tertentu termasuklah ahli politik. Hal ini telah menyebabkan masyarakat di Malaysia kurang memahami budaya masyarakat lain malah takut untuk bergaul dengan kaum lain. Kepelbagaian budaya di Malaysia perlu diraikan oleh setiap masyarakat di Malaysia dengan berusaha untuk memahami budaya kaum lain. Animasi Upin dan Ipin memainkan peranan dalam mempromosikan budaya majmuk di Malaysia dengan memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat Malaysia, malah telah diangkat sebagai duta mahabbah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai pendidikan budaya yang terdapat dalam animasi Upin dan Ipin yang dapat membantu dalam membentuk perpaduan di Malaysia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian untuk menyerlahkan nilai pendidikan budaya dalam animasi Upin dan Ipin berdasarkan pandangan Teori Sosiolisasi. Hasil kajian mendapati bahawa nilai budaya yang terdapat dalam animasi Upin dan Ipin memberikan pengetahuan yang baharu tentang kepelbagaian budaya di Malaysia, serta penting sebagai satu usaha memupuk perpaduan di Malaysia.

ABSTRACT

It can’t be denied that racial unity in Malaysia is not perfectly intact. Feelings of prejudices among races still exist due to the influences of racial sentiments that often argued by certain parties including politicians. This has created lack of understanding among Malaysian regarding other culture and even afraid to mingle with other races. Cultural diversity needs to be celebrated by every community in Malaysia through understanding of the culture of every Malaysian. Upin and Ipin animations play a role in promoting pluralistic culture in Malaysia by displaying the feelings of love and harmony as Malaysians, and have even been appointed as ambassadors of love. Therefore, this study aims to identify and analyze the values of cultural values found in Upin and Ipin animation that can assist forming unity in Malaysia especially among children. This qualitative study uses the content analysis method as a research design to highlight the value of cultural values in Upin and Ipin animation based on the view of Socialization Theory. The results of the study found that the cultural values found in Upin and Ipin animation provide new knowledge about cultural diversity in Malaysia, as well as being important as an effort to gain unity in Malaysia.

Siti Nurkhalida Md Ariff, Phat a/l Awang Deng , Yusniza Yaakub Copyright (c) 2023 Applied History Journal of Merong Mahawangsa https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19011 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800 AKAL BUDI DALAM CERITA RAKYAT INTERPRESTASI SOSIOBUDAYA KANAK-KANAK DAN REMAJA (Intellectual Values in the Sociocultural Interpretation of Folklore for Children and Teenagers) https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/18826
ABSTRAK

Cerita rakyat merupakan satu identiti kepada masyarakat Melayu kerana keluhuran hati yang terkandung didalamnya. Cerita rakyat diolah oleh penglipur lara agar bersesuaian dengan keadaan kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu sekaligus dijadikan sebagai pedoman kepada generasi muda seperti kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, cerita rakyat mulai dipinggirkan kerana arus kemodenan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menganalisis akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu terhadap kanak-kanak dan remaja. Kajian ini membataskan tiga cerita rakyat yang bertajuk Amukan Lembaga Hitam, Misteri Penunggu Panau dan Haji Mahmud Tokoh Agama. Ketiga-tiga cerita rakyat ini diperoleh di Tanah Merah, Kelantan. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif, iaitu berpaksikan kaedah kepustakaan dan temu bual bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Teori pengkaedahan Melayu melalui pendekatan kemasyarakatan digunakan sebagai deduktif kajian ini. Hasilnya, kajian ini mendapati akal budi dijadikan sebagai medium pengajaran yang sekaligus mendedahkan interprestasi sosiobudaya masyarakat Melayu melalui cerita rakyat yang disampaikan.

ABSTRACT

Folklore is an identity for the Malay community because of the nobility of heart contained in it. Folklore were elaborated by ‘penglipur lara’ in order to match the life conditions of the Malay community at that time and at the same time used as a guide for the younger generation such as children and teenagers. However, folklore began to be marginalized due to the current of modernity experienced by society today. Accordingly, this study was carried out to identify and analyze the intellectual values contained in Malay folklore for children and teenagers. This study focuses on three folklore titled Amukan Lembaga Hitam, Misteri Penunggu Panau and Haji Mahmud Tokoh Agama. These three folklore were obtained in Tanah Merah, Kelantan. This study uses a qualitative design, which is based on library and interview methods to obtain authentic information. The theory of Malay methodology through a community approach is used as deductive in this study. As a result, this study found that intellectual values is used as a teaching medium that simultaneously reveals the sociocultural interpretation of the Malay community through the folklore presented.

Tuan Siti Nurul Suhadah Binti Adnan, Mohd Firdaus Che Yaacob Copyright (c) 2023 Applied History Journal of Merong Mahawangsa https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/18826 Mon, 31 Jul 2023 00:00:00 +0800