KRITERIA PEMILIHAN SAKSI PAKAR FORENSIK DI MAHKAMAH

(Criteria for Selection of Forensic Expert Witness in Court)

  • Nurbazla Ismail Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Abdul Basir Mohamad Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Ummi Rose Azra Mohamad Tajuddin Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Peruntukan berkaitan keterangan saksi pakar forensik telah lama digunakan di mahkamah berdasarkan peruntukan keterangan pakar. Walau bagaimanapun, terdapat pertikaian dari sudut kriteria penerimaan keterangan saksi pakar forensik. Oleh itu, timbul persoalan berkaitan kriteria pemilihan saksi pakar forensik yang boleh dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kriteria pemilihan saksi pakar forensik di mahkamah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang mengumpulkan bahan kajian lepas dan temu bual separa berstruktur. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tiada penetapan kriteria khusus dalam pemilihan saksi pakar forensik untuk memberikan keterangan di mahkamah. Namun, terdapat beberapa cadangan kriteria yang perlu ada sebelum seseorang pakar forensik diterima sebagai saksi pakar di mahkamah. Kajian ini memberikan implikasi kepada pengamal undang-undang dalam memilih saksi pakar yang boleh dipanggil ke mahkamah dan kepada pakar forensik yang akan memberikan keterangan di mahkamah.

Published
2021-07-05
How to Cite
ISMAIL, Nurbazla; MOHAMAD, Abdul Basir; MOHAMAD TAJUDDIN, Ummi Rose Azra. KRITERIA PEMILIHAN SAKSI PAKAR FORENSIK DI MAHKAMAH. UUM Journal of Legal Studies, [S.l.], v. 12, n. 2, p. 333–352, july 2021. ISSN 0127-9483. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/uumjls2021.12.2.14>. Date accessed: 07 dec. 2021. doi: https://doi.org/10.32890/uumjls2021.12.2.14.