HAK KANAK-KANAK DALAM INSTITUSI TAHANAN MENURUT INSTRUMEN ANTARABANGSA DAN PERUNDANGAN MALAYSIA

Children’s Rights in Detention Centres Pursuant to International Instruments and the Malaysian Legal Framework)

  • Mohd Al Adib Samuri Faculty of Islamic Studies and Institute of Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noor Aziah Mohd Awal Faculty of Law and Institute of Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fariza Md Sham Faculty of Islamic Studies and Institute of Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurul Izzah Zainol Faculty of Law, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Hak asasi kanak-kanak yang ditahan di institusi tahanan hendaklah dijamin dan dipenuhi tanpa diskiriminasi. Institusi tahanan bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menjalani perintah tetapi ia seharusnya berfungsi sebagai medium pemulihan bagi kanak- kanak yang berkonflik dengan undang-undang. Walaupun kanak- kanak tersebut telah dilucutkan hak kebebasannya atas pelanggaran undang-undang, mereka tidak seharusnya dinafikan hak-hak asasi manusia yang diperuntukkan dalam instrumen-instrumen hak asasi antarabangsa. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis hak kanak-kanak dalam institusi tahanan yang dijamin dalam instrumen antarabangsa dan peruntukan undang-undang di Malaysia. Kajian ini mendapati masih wujud kelompongan peruntukan undang-undang mengenai hak kanak-kanak dalam institusi tahanan yang mungkin boleh membawa kepada pengabaian hak-hak tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisa dokumen berbentuk instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan hak kanak kanak di institusi tahanan serta pemakaiannya di Malaysia. Dapatan kajian ini penting bagi memberi panduan kepada pembuat dasar dan penggubal undang-undang Malaysia bagi membuat pembaharuan undang-undang yang menjamin hak kanak-kanak di institusi tahanan.

Published
2021-07-05
How to Cite
SAMURI, Mohd Al Adib et al. HAK KANAK-KANAK DALAM INSTITUSI TAHANAN MENURUT INSTRUMEN ANTARABANGSA DAN PERUNDANGAN MALAYSIA. UUM Journal of Legal Studies, [S.l.], v. 12, n. 2, p. 283–305, july 2021. ISSN 0127-9483. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/uumjls2021.12.2.12>. Date accessed: 07 dec. 2021. doi: https://doi.org/10.32890/uumjls2021.12.2.12.