ANALISIS LITERATUR TENTANG TATACARA PERBICARAAN JENAYAH SYARIAH BAGI ORANG KURANG UPAYA DI MAHKAMAH SYARIAH (LITERATURE ANALYSIS ON SYARIAH CRIMINAL TRIAL PROCEDURES FOR PERSON WITH DISABILITIES IN SYARIAH COURT)

Authors

  • Muhammad Ariffin Surdi Roslan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Hasnizam Hashim Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Ahmad Syukran Baharuddin Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Institut Sains Islam, 71800, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Azman Ab Rahman Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Mahkamah Syariah, Orang Kelainan Upaya, Tatacara Perbicaraan, Tatacara Jenayah Syariah

Abstract

Pada masa kini, tidak diketahui sejauh mana mahkamah Syariah di Malaysia mengendalikan kes-kes jenayah Syariah yang membabitkan Orang Kurang Upaya (OKU). Akta dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri-negeri tidak memperincikan tatacara perbicaraan yang tertentu bagi kes-kes jenayah Syariah membabitkan OKU. Ketiadaan satu tatacara perbicaraan khusus menimbulkan kebimbangan tentang penjagaan hak-hak OKU semasa perbicaraan kes-kes jenayah Syariah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis literatur mengenai tatacara perbicaraan kes jenayah Syariah bagi OKU di Mahkamah Syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual pakar iaitu Hakim Mahkamah Syariah dan Pegawai Penyelidik mahkamah Syariah. Analisis literatur sangat penting untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai perkembangan Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah dan isu-isu dasar yang berlaku antara golongan OKU dan mahkamah Syariah. Kajian ini juga penting kerana ianya selari dengan hasrat kerajaan melalui Pelan Tindakan OKU 2016-2022 dalam menggalakkan penyelidikan dan pembangunan OKU untuk usaha penambahbaikan dalam segenap aspek termasuk sistem perundangan Syariah. Dapatan kajian mendapati golongan OKU menghadapi halangan berbentuk fizikal, sosial dan budaya ketika proses perbicaraan. Sehubungna dengan itu, wujud keperluan untuk mengkaji perundangan Syariah semasa di Malaysia bagi menjunjung keadilan dan pemeliharaan hak-hak mereka. Diharapkan kajian ini menjadi panduan dan rujukan pihak berautoriti apabila mengkaji tatacara perbicaraan OKU dan perundangan pada masa hadapan.

ABSTRACT

Details on how the Syariah Court in Malaysia handle Syariah criminal cases involving Persons With Disabilities (PWD) are very limited. Present Federal Acts and State Enactments on Syariah Criminal Procedure do not offer specific information regarding trial procedures for PWD. The lack of specific trial procedures raises questions about the protection of rights of PWD during Syariah criminal case trials. Therefore, the objective of this study is to analyse literatures on Syariah criminal trial procedures for PWD in Syariah Court. Document analysis and interviews of subject matter experts are methods used for this qualitative study. Literature analysis is important as to obtain an overall understanding about the developments on Syariah Criminal Procedure and main issues occuring between PWD and Syariah court. This study also corresponds with the national Action Plan for PWD 2016-2022 in promoting research and developments for PWD especially for improvements of Islamic Law. The results of this study indicated that PWD encounter physical, social and cultural barriers during trial and there is need for revising current Syariah laws in Malaysia to uphold justice and protect their right of fair trial. It is hoped that this study can be used as reference by revelant authorities in conducting more studies on trial procedures for PWD.

Keywords: Persons with Disabilities, Syariah Criminal Procedure, Syariah court, Trial procedures.

Additional Files

Published

31-01-2021

How to Cite

Roslan, M. A. S., Hashim, H., Baharuddin, A. S., & Ab Rahman, A. (2021). ANALISIS LITERATUR TENTANG TATACARA PERBICARAAN JENAYAH SYARIAH BAGI ORANG KURANG UPAYA DI MAHKAMAH SYARIAH (LITERATURE ANALYSIS ON SYARIAH CRIMINAL TRIAL PROCEDURES FOR PERSON WITH DISABILITIES IN SYARIAH COURT). UUM Journal of Legal Studies, 12(1), 247–271. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/uumjls2021.12.1.11

Most read articles by the same author(s)