HAK BERPOLITIK ORANG ASAL DI MALAYSIA: KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN AMALAN TERBAIK (POLITICAL RIGHTS OF THE INDIGENOUS PEOPLES IN MALAYSIA: A COMPARATIVE STUDY WITH INTERNATIONAL LAWS AND BEST PRACTICES)

Authors

  • Rohaida Nordin akulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
  • Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini akulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nurul Elliyana Abdul Jamal akulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
  • Siti Zulaikha Zulkifli akulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Hak berpolitik, Orang Asal, Orang Asli, UNDRIP, Malaysia

Abstract

Hak berpolitik merupakan salah satu hak asasi manusia yang diberikan kepada semua tanpa mengira kaum, umur, jantina, warna kulit ataupun agama. Orang Asal juga tidak terkecuali dari menerima hak ini. Orang Asal di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Natif di Sabah dan Sarawak. Persoalannya, sejauhmanakah hak berpolitik ini dinikmati oleh Orang Asal di Malaysia terutamanya dari sudut representasi, mengundi dan pentadbiran? Adakah hak yang diberikan kepada Orang Asal di Malaysia selari dengan peruntukkan undang-undang antarabangsa yang sedia ada? Dengan menggunakan kaedah kajian doktrinal dan perbandingan diantara Malaysia dengan Finland dan Norway, kajian ini mendapati bahawa penyertaan politik Orang Asli adalah lebih rendah berbanding dengan penyertaan politik dikalangan Natif di Sabah dan Sarawak. Secara keseluruhannya, hak berpolitik Orang Asal di Malaysia adalah tidak selari dengan hak berpolitik sepertimana yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa, mahupun sepertimana di Finland dan Norway. Dapatan kajian ini amat signifikan kerana memberi panduan kepada pembuat dasar dan undang-undang Malaysia dalam mengenalpasti sebarang perubahan yang perlu dilaksanakan bagi menjamin hak berpolitik Orang Asal di Malaysia.

ABSTRACT

Political rights are one of the basic human rights granted to all regardless of race, age, gender, skin color or religion. Indigenous Peoples are also entitled for this right. Indigenous Peoples in Malaysia are divided into two categories namely Orang Asli in Peninsular Malaysia and Natives in Sabah and Sarawak. The question is, how much is this political right enjoyed by Indigenous Peoples in Malaysia especially in terms of representation, voting and administration? Is the right granted to Indigenous Peoples in Malaysia is compatible to the existing provisions of international law? Using doctrinal and comparative research methods between Malaysia and Finland and Norway, this study found that Orang Asli’s political participation was lower compared to political participation among the Natives in Sabah and Sarawak. As a whole, the political rights of Indigenous Peoples in Malaysia are incompatible with the political rights as recognized by international law, as well as in Finland and Norway. The findings of this study are significant as a guide for Malaysian policy and law makers in identifying any changes that need to be made to safeguard Indigenous Peoples’ political rights in Malaysia.

Author Biographies

Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini, akulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurul Elliyana Abdul Jamal, akulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Zulaikha Zulkifli, akulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Additional Files

Published

30-01-2020

How to Cite

Nordin, R., Hassan @ Yahya, M. S., Tun Asrul Saini, T. F. F., Abdul Jamal, N. E., & Zulkifli, S. Z. (2020). HAK BERPOLITIK ORANG ASAL DI MALAYSIA: KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN AMALAN TERBAIK (POLITICAL RIGHTS OF THE INDIGENOUS PEOPLES IN MALAYSIA: A COMPARATIVE STUDY WITH INTERNATIONAL LAWS AND BEST PRACTICES). UUM Journal of Legal Studies, 11(1), 143–169. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/uumjls.11.1.2020.6912