HAK BERPOLITIK ORANG ASAL DI MALAYSIA: KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN AMALAN TERBAIK (POLITICAL RIGHTS OF THE INDIGENOUS PEOPLES IN MALAYSIA: A COMPARATIVE STUDY WITH INTERNATIONAL LAWS AND BEST PRACTICES)

  • Rohaida Nordin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya
  • Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini
  • Nurul Elliyana Abdul Jamal
  • Siti Zulaikha Zulkifli

Abstract

Hak berpolitik merupakan salah satu hak asasi manusia yang diberikan kepada semua tanpa mengira kaum, umur, jantina, warna kulit ataupun agama. Orang Asal juga tidak terkecuali dari menerima hak ini. Orang Asal di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Natif di Sabah dan Sarawak. Persoalannya, sejauhmanakah hak berpolitik ini dinikmati oleh Orang Asal di Malaysia terutamanya dari sudut representasi, mengundi dan pentadbiran? Adakah hak yang diberikan kepada Orang Asal di Malaysia selari dengan peruntukkan undang-undang antarabangsa yang sedia ada? Dengan menggunakan kaedah kajian doktrinal dan perbandingan diantara Malaysia dengan Finland dan Norway, kajian ini mendapati bahawa penyertaan politik Orang Asli adalah lebih rendah berbanding dengan penyertaan politik dikalangan Natif di Sabah dan Sarawak. Secara keseluruhannya, hak berpolitik Orang Asal di Malaysia adalah tidak selari dengan hak berpolitik sepertimana yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa, mahupun sepertimana di Finland dan Norway. Dapatan kajian ini amat signifikan kerana memberi panduan kepada pembuat dasar dan undang-undang Malaysia dalam mengenalpasti sebarang perubahan yang perlu dilaksanakan bagi menjamin hak berpolitik Orang Asal di Malaysia.

 

Published
2020-01-30
How to Cite
NORDIN, Rohaida et al. HAK BERPOLITIK ORANG ASAL DI MALAYSIA: KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN AMALAN TERBAIK (POLITICAL RIGHTS OF THE INDIGENOUS PEOPLES IN MALAYSIA: A COMPARATIVE STUDY WITH INTERNATIONAL LAWS AND BEST PRACTICES). UUM Journal of Legal Studies, [S.l.], v. 11, n. 1, p. 143-169, jan. 2020. ISSN 0127-9483. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/9906>. Date accessed: 29 may 2020.