PEMBANGUNAN MODEL M-PEMBELAJARAN UNTUK KURSUS TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IPG: SATU ANALISIS KEPERLUAN

Authors

  • Muhammad Nidzam Yaakob Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
  • Ahmad Sobri Shuib Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
  • Nurahimah Mohd Yusoff School of Education and Modern Languages, Universiti Utara Malaysia
  • Shamshul Bahar Yaakob Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis

DOI:

https://doi.org/10.32890/pr2019.1.5

Keywords:

model m-pembelajaran, m-pembelajaran, teknologi mobile, institut pendidikan guru

Abstract

M-Pembelajaran merupakan satu langkah ke hadapan dalam perkembangan pembelajaran elektronik e-Learning. Dengan penghasilan alat komunikasi mudah alih, pakar pendidikan cuba mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan penggunaan alat tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Generasi pelajar pada masa kini mempunyai akses yang lebih meluas kepada ilmu melalui peralatan mobile yang mereka miliki. Oleh yang demikian inovasi dalam pedagogi harus berubah seiring dengan perubahan dalam teknologi semasa. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti keperluan mereka bentuk model m-Pembelajaran untuk Kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Sampel dalam kajian ini ialah seramai 150 orang pelajar dan 4 orang pakar dari 5 Institut Pendidikan Guru Zon Utara yang dipilih secara sampel bertujuan. Data dianalisis secara diskriptif analisis menggunakan program SPSS V20. Hasil analisis data menunjukkan terdapat keperluan untuk membina model m-pembelajaran untuk Kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di IPG. Penemuan kajian ini menyediakan bukti yang berguna tentang potensi penggunaan dan pengintegrasian m-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru.

Downloads

Published

2019-12-31