KEPERLUAN PENILAIAN PELAKSANAAN KURIKULUM TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Authors

  • Muhd Zulhilmi Haron Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Cyberjaya, Selangor
  • Mohamad Khairi Haji Othman Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
  • Mohd. Isha Awang Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/pr2019.1.15

Keywords:

Penilaian, Pelaksanaan, Tahfiz, Model Ulul Albab, kurikulum

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk mewujudkan pendidikan bersepadu dengan menggabungjalinkan elemen akademik dengan elemen pendidikan tahfiz di peringkat sekolah menengah bertujuan mewujudkan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) mulai tahun 2014. Ia bertujuan menambah baik keberhasilan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara agar ia signifikan dengan keperluan modal insan berkualiti tinggi dalam sektor industri. Selaras dengan perkembangan semasa dan perkembangan sektor industri, KPM telah menyediakan program TMUA yang menggabungkan ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Program ini berpaksikan gabungan tiga pendekatan unik iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik. Memandangkan pelaksanaan TMUA ini masih baharu, maka kertas kerja ini akan mengupas konsep dan penilaian kurikulum beserta model-model penilaian kurikulum. Fokus perbincangan juga mengetengahkan beberapa isu dan permasalahan yang berbangkit merangkumi beberapa elemen penting iaitu matlamat serta halatuju TMUA, pencapaian murid dalam hafazan, kemudahan yang disediakan dan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Di samping itu, kertas ini turut meninjau kajian-kajian lepas yang berkaitan mengenai pendidikan Islam dan tahfiz di Malaysia. Akhirnya kertas ini mencadangkan terdapat keperluan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan kurikulum TMUA dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi menambahbaik pelaksanaan sedia ada di sekolah menengah KPM.

Downloads

Published

2019-12-31