INTRA KONFLIK DALAM KALANGAN REMAJA MENGANDUNG LUAR NIKAH: PENDEKATAN ART THERAPY

Authors

  • Mohd Makzan Musa Program Psikologi dan Kaunseling, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia
  • Saralah Devi Mariamdaran Chethiyar Program Psikologi dan Kaunseling, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/pr2020.2.9

Keywords:

Psychological crisis, unmarried adolescent pregnancy, Art Therapy Approach

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan krisis psikologikal yang dialami dalam kalangan remaja mengandung luar nikah dengan menggunakan pendekatan Art Therapy. Menerusi Pendekatan Art Therapy yang dilakukan secara direktif yang melibatkan kaedah melakar, melukisa dan mewarna, krisis psikologikaldan diterokai bagi mendapatkan kefahaman beban krisis psikologikal yang ditanggung oleh kelompok marginal remaja yang mengandung tanpa dirancang, tidak diduga dan tidak diingini. Data kajian diperolehi dengan menggunakan hasil lukisan sampel kajian dan diikuti dengan temubual tidak berstruktur dalam usaha untuk memahami dan mendalami krisis psikologikal yang dialami oleh sekumpulan remaja mengandung luar nikah dengan merujuk kepada simbol-simbol di dalam lukisan mereka. Dapatan kajian melalui transkripsi temubual tidak berstruktur berdasarkan kepelbagaian simbol-simbol di dalam lukisan sampel kajian dikelompokan mengikut tema berdasarkan konsep krisis psikologikal remaja mengandung dan melahirkan anak luar nikah. Implikasi kajian ini memperlihatkan bahawa pendekatan Art Therapy dapat digunakan untuk meneroka, memahami dan mendalami krisis psikologikal yang begitu sulit dan rumit yang dialami oleh remaja mengandung dan melahirkan anak luar nikah yang bertindak sebagai intervensi kreatif yang bersifat psikologikal.

Downloads

Published

2020-09-06