ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Authors

  • Fauziah Md Jaafar School of Education and Modern Languages Universiti Utara Malaysia
  • Tengku Faekah Tengku Ariffin School of Education and Modern Languages Universiti Utara Malaysia
  • Hasniza Nordin School of Education and Modern Languages Universiti Utara Malaysia
  • Mohd Faizal Ibrahim 4School of Education and Modern Languages Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/pr2019.1.11

Keywords:

Penyesuaian akademik, Penyesuaian sosial, Penyesuaian Emosi, Komitmen matlamat/perapatan insitusi

Abstract

Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dalam kursus yang diikuti atau berhenti dari pusat pengajian kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan di peringkat tertiari yang amat berbeza dengan sistem pendidikan di sekolah menengah. Senario ini amat ketara bagi pelajar-pelajar tahun satu kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. Pelajar dilihat tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang baru. Kajian ini adalah kajian rintis untuk melihat profil adaptasi pelajar baharu dalam kalangan pelajar di kolej komuniti. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan melibatkan seramai 70 orang pelajar tahun pertama yang memberi maklum balas terhadap 68 item soal selidik penyesuaian pelajar baharu Student Adaptation to College Questionnaire (SACQ) (Baker & Siryk,1999). Pembolehubah penyesuaian pelajar baharu terdiri daripada empat dimensi iaitu tahap penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, penyesuaian peribadi-emosi dan komitmen matlamat/perapatan institusi. Analisis data bagi kajian ini adalah analisis deskriptif dengan menggunakan perisisan SPSS versi 21. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyesuaian pelajar dalam kalangan pelajar tahun pertama kolej komuniti adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis ujian-t menunjukkkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penyesuaian pelajar antara jantina. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu golongan pelajar, pihak pengurusan organisasi dan pihak yang terlibat secara langsung dengan hal ehwal pelajar bagi merancang program yang sesuai dengan pelajar baharu bagi menangani masalah ini.

Downloads

Published

2019-12-31