Model Motivasi Kerja Guru Berdasarkan Signifikasi Tugas dan Pengalaman Psikologi

  • Mat Zaini Abdullah Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Rafisah Osman Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Fauziah Md. Jaafar Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Tujuan – Berdasarkan Job Characteristics Theory (JCT), kajian ini mengkaji kesan langsung signifikasi tugas terhadap motivasi kerja guru dan kesan tak langsung signifikasi tugas terhadap motivasi kerja guru melalui pengalaman psikologi. Secara khusus, kajian ini menilai peranan signifikasi tugas dan pengalaman psikologi berasaskan rangka kerja pengajaran untuk menerangkan motivasi kerja guru.
 
Metodologi – Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai 497 sampel guru dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan rawak berkelompok daripada populasi guru sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Kedah berjumlah 12,005 orang. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang mengandungi 22 item. Data dianalisis menggunakan pemodelan persamaan struktur dan analisis regresi PROCESS MACRO.
 
Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan signifikasi tugas dan pengalaman psikologi (pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja) secara signifikan mempengaruhi motivasi kerja guru. Penilaian keseluruhan model menunjukkan tahap kesepadanan model adalah munasabah. Dapatan analisis regresi PROCESS MACRO menunjukkan pengalaman psikologi (pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja) merupakan pengantara separa dalam hubungan signifikasi tugas dengan motivasi kerja guru. Berbanding pengalaman kerja yang bermakna dan pengalaman kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja, kesan signifikasi tugas melalui pengetahuan sebenar hasil kerja terhadap motivasi kerja guru adalah lebih kuat.
 
Signifikan – Kajian menghasilkan model yang menunjukkan kepentingan signifikasi tugas dan pengalaman psikologi (pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja) sebagai penyumbang yang signifikan kepada motivasi kerja guru.
Published
2016-12-29
How to Cite
ABDULLAH, Mat Zaini; OSMAN, Rafisah; MD. JAAFAR, Fauziah. Model Motivasi Kerja Guru Berdasarkan Signifikasi Tugas dan Pengalaman Psikologi. Malaysian Journal of Learning and Instruction, [S.l.], v. 13, n. 2, p. 253-286, dec. 2016. ISSN 2180-2483. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/mjli2016.13.2.10>. Date accessed: 28 jan. 2022. doi: https://doi.org/10.32890/mjli2016.13.2.10.