Implikasi Animasi Talking-Head yang Berbeza Tahap Realistik Terhadap Prestasi Pembelajaran Sebutan Perkataan

Authors

  • Mohd Najib Hamdan Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Ahmad Zamzuri Mohamad Ali Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Anuar Hassan Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.32890/mjli2016.13.1.8

Keywords:

Animasi, koswer, sebutan perkataan, talking-head, tahap realistik

Abstract

Tujuan â€“ Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penggunaan animasi talking-head yang berbeza tahap realistik terhadap prestasi pembelajaran sebutan perkataan. Penilaian penggunaan animasi ini diukur melalui ujian sebutan setelah pelajar selesai menerokai koswer secara kendiri.   Metodologi â€“ Empat koswer animasi talking-head dengan tahap realistik berbeza iaitu karakter animasi tiga dimensi tidak realistik (3D-TR), karakter animasi tiga dimensi realistik (3D-R), karakter animasi dua dimensi (2D) dan koswer talking-head menggunakan manusia sebenar (MANUSIA) dibangunkan untuk diuji. Reka bentuk kajian berbentuk kuasi eksperimen dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 150 orang pelajar semester 1 kursus Sijil Multimedia Kreatif Animasi dari empat buah Kolej Komuniti dipilih sebagai sampel kajian. Secara keseluruhan, ujian statistik ANCOVA dan Bonferonni digunakan untuk menjawab persoalan kajian.   Dapatan â€“ Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi sebutan pelajar antara kumpulan pelajar yang menerima strategi tahap realistik animasi talking-head yang berbeza. Kumpulan karakter animasi tiga dimensi tidak realistik (3D-TR) merupakan kumpulan pelajar yang telah memperoleh min skor tertinggi dalam ujian sebutan manakala kumpulan pelajar karakter animasi tiga dimensi realistik (3D-R) pula memperoleh min skor yang terendah dalam kedua-dua ujian tersebut.   Kepentingan â€“ Kajian ini memberikan implikasi kepada pengajar bahasa Inggeris tentang perspektif penggunaan animasi taking-head pada tahap realistik tertentu terhadap pembelajaran sebutan perkataan. Dapatan kajian diharapkan dapat memberikan gambaran bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan penggunaan karakter animasi talking-head 3D-TR adalah strategi yang terbaik untuk pembelajaran sebutan perkataan.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

30-06-2016

How to Cite

Hamdan, M. N., Mohamad Ali, A. Z., & Hassan, A. (2016). Implikasi Animasi Talking-Head yang Berbeza Tahap Realistik Terhadap Prestasi Pembelajaran Sebutan Perkataan. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13(1), 161–189. https://doi.org/10.32890/mjli2016.13.1.8