Strategi Pembelajaran Kosa Kata Berimbuhan Bahasa Arab

Authors

  • Mohd Zaki Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
  • Kaseh Abu Bakar Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nik Farhan Nik Mustapha Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
  • Nurazan M Rouyan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin

DOI:

https://doi.org/10.32890/mjli2016.13.1.6

Keywords:

strategi pembelajaran kosa kata, kosa kata berimbuhan, bahasa Arab

Abstract

Tujuan â€“ Kajian ini bertujuan `untuk meneroka bentuk strategi yang digunakan oleh pelajar Melayu ketika mempelajari kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab.   Metodologi â€“ Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan protokol berfikir lantang, pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen pungutan data. Kerangka konseptual kajian ini dibina berasaskan teori strategi pembelajaran bahasa (SPB) dan strategi pembelajaran kosa kata (SPKK). Seramai 17 pelajar tingkatan enam dari dua buah sekolah dipilih sebagai peserta kajian ini. Mereka diberi tugasan mempelajari 13 kosa kata berimbuhan bahasa Arab. Data protokol berfikir lantang dan temu bual dianalisis untuk mencari tema dan diberi kod.   Dapatan â€“ Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran kosa kata ketika belajar kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab. Namun tahap penggunaan strategi dalam kalangan peserta adalah rendah.   Kepentingan â€“ Satu implikasi utama dari kesimpulan ialah pelajar mesti diajar dan didedahkan dengan strategi pembelajaran kosa kata berimbuhan. Mereka mesti dibimbing dan dilatih untuk memilih dan menggunakan strategi pembelajaran kosa kata secara berkesan.  

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

30-06-2016

How to Cite

Ismail, M. Z., Abu Bakar, K., Nik Mustapha, N. F., & M Rouyan, N. (2016). Strategi Pembelajaran Kosa Kata Berimbuhan Bahasa Arab. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13(1), 113–133. https://doi.org/10.32890/mjli2016.13.1.6