VALIDASI TERHADAP RUBRIK SEBAGAI ALAT PENGUKURAN PENULISAN ILMIAH MELALUI PENSKORAN KENDIRI PELAJAR TERHADAP TUGASAN (VALIDATION OF RUBRICS AS AN ACADEMIC WRITING MEASUREMENT TOOL THROUGH STUDENTS’ SELF-SCORING OF ASSIGNMENTS)

  • Norzalina Noor Faculty of Language and Communication Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Dahlia Janan Faculty of Language and Communication Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mahzan Arshad Faculty of Language and Communication Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan kualiti penulisan ilmiah pelajar dan ketekalan penskoran antara pemeriksa dengan pelajar bagi memvalidasikan rubrik sebagai alat pengukuran penulisan ilmiah.
 
 
Metodologi - Kajian ini menggunakan kaedah praeksperimen kumpulan tunggal dengan persampelan kebarangkalian. Dua orang pensyarah dari universiti tempatan telah memberi skor terhadap 122 penulisan ilmiah pelajar daripada dua kumpulan berbeza dengan menggunakan rubrik yang sama. Kaedah intraclass correlation coefficient (ICC), Limit of Agreement (LOA) dan standard error of measurements (SEM) telah digunakan untuk melihat persetujuan antara skor pelajar dengan pemeriksa.
 
 
Dapatan – Dapatan menunjukkan perubahan kualiti dalam penulisan ilmiah pelajar antara draf awal dengan draf akhir berdasarkan aspek peningkatan penskoran kendiri pelajar. Selanjutnya, data menunjukkan aspek persetujuan mempunyai kebolehpercayaan yang agak rendah, walaupun begitu masih dianggap memuaskan dengan nilai LOA yang agak sekata.
 
 
Kepentingan - Kajian ini penting kepada pelajar untuk terlibat dalam proses penilaian bagi menambah kefahaman mereka tentang kriteria dan kehendak pensyarah terutama bagi kursus yang penilaiannya bersifat subjektif. 
Published
2020-01-31
How to Cite
NOOR, Norzalina; JANAN, Dahlia; ARSHAD, Mahzan. VALIDASI TERHADAP RUBRIK SEBAGAI ALAT PENGUKURAN PENULISAN ILMIAH MELALUI PENSKORAN KENDIRI PELAJAR TERHADAP TUGASAN (VALIDATION OF RUBRICS AS AN ACADEMIC WRITING MEASUREMENT TOOL THROUGH STUDENTS’ SELF-SCORING OF ASSIGNMENTS). Malaysian Journal of Learning and Instruction, [S.l.], v. 17, n. 1, p. 185-212, jan. 2020. ISSN 2180-2483. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/9839>. Date accessed: 29 may 2020. doi: https://doi.org/10.32890/mjli2020.17.1.9839.
Bookmark and Share