Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar

Authors

  • Yaakob Daud Universiti Utara Malaysia
  • Yahya Don Universiti Utara Malaysia

Abstract

Tujuan â€“ Budaya sekolah dan kepemimpinan sekolah mampu menyumbang kepada pencapaian dan motivasi murid, kepuasan dan produktiviti guru. Kajian ini meneliti hubungan budaya sekolah dengan kepemimpinan transformasional dan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.   Metodologi â€“ Kajian korelasi ini melibatkan 657 orang guru dan 141 guru besar sekolah daripada 141 buah sekolah di negeri Kedah. Instrumen Budaya Sekolah dan Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ5x) digunakan sebagai instrumen kajian. Di samping itu, temu bual berstruktur melibatkan empat orang guru besar dan 16 orang guru penolong bertujuan mengenal pasti nilai-nilai positif yang diamalkan di sekolah turut dibuat.   Dapatan â€“ Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru-guru di sekolah berpretasi tinggi dan persepsi guru-guru di sekolah berprestasi rendah terhadap amalan budaya sekolah mereka, dan budaya sekolah mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan kepemimpinan transformasional.   Kepentingan â€“ Implikasi kajian ini adalah budaya sekolah dan kepemimpinan transformasional mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, budaya sekolah positif dan kepimpinan transformasional dijangka boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah sekolah.  

Additional Files

Published

23-12-2012

How to Cite

Daud, Y., & Don, Y. (2012). Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 9, 111–139. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7639