Faktor-Faktor Penyumbang dalam Pertimbangan Moral Pelajar Sekolah Agama

Authors

  • Mohd Zailani Mohd Yusoff Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Pertimbangan moral, sekolah agama, pelajar

Abstract

Tujuan â€“ Matlamat utama kajian ini adalah untuk meneroka maklumat-maklumat yang berkaitan dengan konsep pertimbangan moral dalam kalangan pelajar sekolah agama. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dimensi kecenderungan kerohanian Islam dan dimensi sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial terhadap pertimbangan moral mengikut skema-skema yang ditetapkan.   Metodologi â€“ Tiga alat ukur digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian Skema Taakulan Akhlak (UPSTA), Soal Selidik Kecenderungan Kerohanian Islam (ISDQ) dan Ujian Sikap dan Pegangan Terhadap Standard Kelaziman Sosial (USPSK). Subjek kajian terdiri daripada 500 orang pelajar yang dibahagikan kepada jantina mengikut jenis sekolah menengah agama di negeri Kelantan yang dipilih secara rawak berstrata iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maahad Muhammadi (MM), Maahad Tahfiz al-Quran/ Sains (MTAQ/MTS), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Swasta (SAS). Kajian tinjuan ini menggunakan kaedah kuantitatif berasaskan pendekatan kajian rentas (Cross Sectional). Data dikumpulkan daripada ketiga-tiga ujian di atas dan dianalisis dengan menggunakan analisis statistik regresi berganda stepwise.   Dapatan- Hasil kajian menunjukkan bahawa dimensi kepercayaaan dan keimanan berperanan sebagai pengaruh yang kuat dalam pertimbangan moral pelajar sekolah menengah agama. Dapatan juga menunjukkan dimensi kepercayaan dan keimanan, dimensi intrinsik dan dimensi ekstrinsik dalam aspek kecenderungan kerohanian Islam memberi pengaruh yang signifikan (R² = .47, sig .00) terhadap pertimbangan moral pelajar sekolah agama. Namun dimensi hak asasi manusia di dalam pemboleh ubah sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial hanya menyumbang (R² = .02, sig .03) terhadap pertimbangan moral dalam kalangan pelajar sekolah agama di negeri Kelantan.   Kepentingan- Kajian ini menyediakan kefahaman baru kepada isu pertimbangan moral pelajar-pelajar sekolah menengah agama. Kecenderungan pelajar sekolah agama terhadap aspek kerohanian Islam memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti pertimbangan moral mereka.

Additional Files

Published

23-12-2019

How to Cite

Mohd Yusoff, M. Z. (2019). Faktor-Faktor Penyumbang dalam Pertimbangan Moral Pelajar Sekolah Agama. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 9, 81–109. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7638