Penilaian Kemahiran Guru Sejarah dan Geografi dalam Pelaksanaan Kerja Kursus di Peringkat Sekolah Menengah Rendah

Authors

  • Chan Yuen Fook Universiti Teknologi MARA
  • Gurnam Kaur Sidhu Universiti Teknologi MARA
  • Fatin Aliana Mohd Radzi Universiti Teknologi MARA
  • Parmjit Singh Universiti Teknologi MARA
  • Md. Rizal Md. Yunus Universiti Teknologi MARA

Keywords:

Kerja kursus, Sejarah, Geografi, pentaksiran

Abstract

Tujuan – Tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik kemahiran guru dalam membimbing murid melaksanakan kerja kursus Sejarah (KKS) dan Geografi (KKG) di peringkat sekolah menengah rendah.   Metodologi – Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif. Instrumen utama yang digunakan merupakan soal selidik yang ditadbirkan kepada seramai 186 orang guru yang mengajar di sembilan buah negeri di Malaysia yang telah dipilih scara rawak. Responden ini terdiri daripada guru yang mengajar Sejarah dan Geografi Tingkatan Satu hingga Tiga. Statistik deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai serta statistik inferensi seperti ujian-t telah digunakan untuk menjalankan analisis data.   Dapatan â€“ Dapatan menunjukkan bahawa dari segi pencapaian objektif dan elemen bagi kedua-dua KKS dan KKG, guru hanya mempunyai kemahiran bimbingan pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran membimbing dalam kalangan guru-guru Geografi terlatih dan tidak terlatih. Namun demikian, tiada perbezaan yang signifikan dikesan di kalangan guru-guru Sejarah terlatih dan tidak terlatih.   Kepentingan â€“ Dapatan Kajian menunjukkan keperluan untuk meningkatkan kemahiran guru dalam membimbing murid melaksanakan kerja kursus Sejarah dan Geografi. Kelemahan yang dikesan dapat membantu jabatan-jabatan tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membekalkan latihan yang sesuai dalam membimbing guru-guru yang terlibat melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dengan lebih baik di dalam bilik darjah.

Additional Files

Published

23-12-2012

How to Cite

Fook, C. Y., Sidhu, G. K., Mohd Radzi, F. A., Singh, P., & Md. Yunus, M. R. (2012). Penilaian Kemahiran Guru Sejarah dan Geografi dalam Pelaksanaan Kerja Kursus di Peringkat Sekolah Menengah Rendah. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 9, 47–80. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7637