Kompetensi Emosi dan Kepemimpinan Transformasional di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

Authors

  • Yahya Don College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia
  • Yaakob Daud College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kepemimpinan merupakan proses hubungan interpersonal yang dinamik, meluas merangkumi aspek-aspek kognitif, kompetensi emosi dan beroperasi dalam konteks sosial. Kajian ini bertujuan meneliti tahap kompetensi emosi pemimpin dan kepemimpinan transformasional di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Seramai 485 pemimpin secara random telah terpilih dari sekolah tersebut dengan mengunakan Emotional Competencies Inventory (ECI-2) dan Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ5x). Dapatan menunjukan terdapat perbezaan yang signifi kan dalam tahap kompetensi emosi dan kepemimpinan transformasional di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Perbezaan ini memberi pengaruh yang sangat besar ke atas kejayaan dan imej terhadap kepimpinan sekolah. Oleh itu, usaha-usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kompetensi emosi dan kepemimpinan transformasional pemimpin di sekolah kurang berkesan dalam usaha untuk meningkatkan bilangan sekolah-sekolah berkesan.

 

Additional Files

Published

31-01-2011

How to Cite

Don, Y., & Daud, Y. (2011). Kompetensi Emosi dan Kepemimpinan Transformasional di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 8, 151–181. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7631