Penilaian Terhadap Prestasi Pelajar dan Pengurusan Program Praktikum Universiti Utara Malaysia

Authors

  • Lim Khong Chiu Universiti Utara Malaysia
  • Nor Idayu Mahat Universiti Utara Malaysia
  • Shahizan Hassan Universiti Utara Malaysia
  • Abdul Razak Chik Universiti Utara Malaysia
  • Mohd Azlan Yahya Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada maklum balas organisasi terhadap prestasi pelajar dan pengurusan program praktikum, Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebanyak 438 buah organisasi daripada pelbagai latar belakang industri telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kutipan data dilaksanakan dengan menggunakan soal selidik yang merangkumi lima komponen utama iaitu; profil responden dan organisasi, prestasi pelajar, prestasi pengurusan program praktikum, perbandingan prestasi dengan institusi pengajian lain dan kesesuaian program praktikum. Secara umumnya, kajian ini mendapati organisasi terlibat berpuas hati dengan prestasi pelajar UUM dalam persiapan mereka menempuh alam pekerjaan sebenar. Sistem pengurusan praktikum yang dilaksanakan di Pusat Jaringan Universiti-Industri (UIL) juga dianggap tersusun dan efisien. Di samping itu, hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara prestasi pelajar UUM dengan pelajar dari universiti yang lain. Beberapa cadangan penambahbaikan terhadap kemahiran pelajar dan system pengurusan praktikum di UUM telah dikenal pasti.

 

Additional Files

Published

31-01-2010

How to Cite

Chiu, L. K., Mahat, N. I., Hassan, S., Chik, A. R., & Yahya, M. A. (2010). Penilaian Terhadap Prestasi Pelajar dan Pengurusan Program Praktikum Universiti Utara Malaysia. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 7, 133–164. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7623