Kebolehan Penyelesaian Persamaan Linear: Satu Kerangka dalam Penaksiran Bilik Darjah

Authors

  • Lim Hooi Lian Universiti Sains Malaysia
  • Wun Thiam Yew Universiti Sains Malaysia
  • Noraini Idris Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu kerangka berdasarkan model SOLO (Struktur Hasil Pembelajaran Yang Diperhatikan atau Structure of the Observed Learning Outcome) bagi mencirikan kebolehan penyelesaian persamaan linear pelajar melalui empat domain kandungan, iaitu pola linear (bergambar), ubahan langsung, konsep fungsi dan jujukan aritmetik. Data bagi kajian ini telah dikumpul melalui teknik temubual klinikal. Subjek kajian ini terdiri daripada sembilan orang pelajar Tingkatan Empat. Kertas ini hanya berfokus kepada perbincangan dapatan kajian bagi tugas jujukan aritmetik. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti enam peringkat kebolehan penyelesaian persamaan linear dalam menyelesaikan tugas jujukan aritmetik, iaitu peringkat prastruktural, peringkat unistruktural, peringkat multistruktural, peringkat relasional rendah, peringkat relasional atas, dan peringkat abstrak lanjutan. Kesahan berhubung dengan penaksiran dan penghalusan deskriptordeskriptor dalam kerangka telah menunjukkan konsistensi dan kesepadanan yang kuat antara kerangka dengan respons subjek.

 

Additional Files

Published

29-01-2009

How to Cite

Lian, L. H., Yew, W. T., & Idris, N. (2009). Kebolehan Penyelesaian Persamaan Linear: Satu Kerangka dalam Penaksiran Bilik Darjah. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 6, 79–101. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7614