Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif

Authors

  • Shahrul Arba’iah Othman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norzaini Azman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Manisah Mohd Ali Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian kes retrospektif ini dijalankan untuk memahami bagaimana faktor ibu bapa telah menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar pekak. Kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai kejayaan yang dicapai oleh pelajar pekak dalam peperiksaan awam hingga membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah pertama di institusi pengajian tinggi. Data dikumpul dengan membuat triangulasi kepada kaedah dan sumber. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah temu bual mendalam, soalan bertulis, dan analisis dokumen. Sumber-sumber kepada data merupakan ibu bapa, pelajar pekak, dan dokumen/ memorabilia. Seramai lapan orang pelajar pekak yang cemerlang dalam akademik, lapan orang ibu dan empat orang bapa pelajar tersebut dipilih menjadi peserta kajian. Temu bual mendalam telah dijalankan dengan ibu bapa terlibat. Maklumat yang dapat menyokong atau mengukuhkan kata-kata ibu bapa ini telah diperoleh secara jawapan bertulis daripada pelajar sendiri dan analisis dokumen. Hasil temu bual telah dibuat trankripsi secara verbatim dan kesimpulan yang dibuat berdasarkan analisis tema. Dapatan kajian menunjukkan kecemerlangan akademik pelajar pekak bergantung kepada dua faktor iaitu keluarga dan diri pelajar pekak sendiri. Faktor-fakor keluarga yang penting ialah sikap ibu bapa, penglibatan ibu bapa, jangkaan ibu bapa, persekitaran keluarga, dan sumber keluarga. Kajian ini memberi implikasi kepada penyediaan khidmat intervensi awal yang lebih baik, pemberian peluang pendidikan yang sama rata kepada pelajar pekak, dan penyediaan khidmat sokongan secara kolaboratif antara agensi-agensi yang terlibat.

 

Additional Files

Published

30-01-2008

How to Cite

Othman, S. A., Azman, N., & Mohd Ali, M. (2008). Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 5, 79–98. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7598