Cabaran dan Amalan Perubahan Terancang di Sekolah Bestari: Penggunaan SSMS Sebagai Teknologi Instruksional dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Authors

  • Mohd Izham Mohd Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sufean Hussin Universiti Malaya

Abstract

Artikel ini menghuraikan dari segi amalan penggunaan Smart School Management System (SSMS) sebagai medium teknologi instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari. Pengumpulan data dibuat melalui teknik pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru memberi penekanan kepada kemahiran menggunakan jaringan komputer sama ada internet atau SSMS, kebolehsuaian dan ciri-ciri berpasukan, dan akses yang sama bagi pembelajaran berkualiti. Walau bagaimanapun pelajar kurang diberi penekanan dari segi keseimbangan emosi dan orientasi global. Kajian ini turut menunjukkan tidak semua subjek dan sekolah bestari mengamalkan ketiga-tiga aras pembelajaran (aras 1, aras 2 dan aras 3) semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta tidak semua subjek dan sekolah yang melaksanakan pembelajaran pelajar secara akses, terarah dan kadar kendiri. Dari segi penggunaan SSMS sebagai amalan terdapat masalah yang dihadapi iaitu masalah teknikal, wujud dua silibus, jumlah pelajar yang ramai, berorientasi peperiksaan, kesahan pentaksiran dan beban tugas guru yang banyak. Selain itu terdapat masalah kandungan bahan yang mempunyai kesalahan fakta, berkualiti rendah, tidak mengikut sukatan dan mempunyai aras yang terlalu rendah untuk pelajar cemerlang. Dengan itu, kajian ini memberi beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini.

 

Additional Files

Published

31-01-2007

How to Cite

Mohd Hamzah, M. I., & Hussin, S. (2007). Cabaran dan Amalan Perubahan Terancang di Sekolah Bestari: Penggunaan SSMS Sebagai Teknologi Instruksional dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 4, 71–91. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7591