Perbezaan Konsep Diri Akademik dalam Kalangan Pelajar Aliran Kebolehan Tinggi, Sederhana dan Rendah

Authors

  • Melissa Ng Lee Yen Abdullah Universiti Sains Malaysia
  • Chiam Heng Keng Human Rights Commission of Malaysia

Abstract

Kajian ini meneliti perbezaan konsep diri akademik dalam kalangan pelajar dalam aliran kebolehan tinggi, sederhana dan rendah. Ia turut mengkaji dua dimensi utama dalam konsep diri akademik iaitu konsep diri matematik dan konsep diri Bahasa Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada 148 pelajar lelaki dan 102 pelajar perempuan Tingkatan II dari dua buah sekolah menengah yang terletak di pusat bandar negeri Melaka. Sembilan puluh tiga orang subjek adalah pelajar dalam aliran kebolehan tinggi, 84 orang subjek adalah pelajar dalam aliran kebolehan sederhana dan 73 orang subjek merupakan pelajar dalam aliran kebolehan rendah. Konsep diri akademik telah diukur dengan Self-Description Questionnaire II (Marsh, 1990). Dapatan ANOVA menunjukkan bahawa pelajar dalam tiga aliran kebolehan ini mempunyai konsep diri akademik yang berbeza secara signifikan iaitu semakin tinggi aliran kebolehan, semakin positif konsep akademik mereka. Hasil analisis ini memberi petunjuk bahawa penempatan pelajar dalam aliran kebolehan tertentu mungkin memberi kesan yang berbeza ke atas konsep diri akademik mereka. Namun, analisis lanjutan menunjukkan bahawa perbezaan dari segi konsep diri matematik dan Bahasa Malaysia mempunyai kaitan yang lebih rapat dengan pencapaian akademik pelajar dan bukannya aliran kebolehan yang diduduki.

 

Additional Files

Published

31-01-2007

How to Cite

Abdullah, M. N. L. Y., & Keng, C. H. (2007). Perbezaan Konsep Diri Akademik dalam Kalangan Pelajar Aliran Kebolehan Tinggi, Sederhana dan Rendah. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 4, 35–53. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7590