Keupayaan Mengajar Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Authors

  • Abdull Shukor Shaari Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia
  • Noran Fauziah Yaakub Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
  • Rosna Awang Hashim Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia

Abstract

Keupayaan mengajar merupakan salah satu peramal kepada prestasi kerja guru. Dua dimensi penting bagi keupayaan mengajar ialah pengetahuan asas dan pengetahuan pedagogi isi kandungan guru. Kajian ini bertujuan untuk ( 1) mengukur keupayaan mengajar di kalangan guru-guru bahasa Melayu sekolah menengah dan (2) membandingkan keupayaan mengajar guru-guru ini mengikut jantina, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar. Kajian korelasi ini menggunakan sebanyak 370 guru mata pelajaran Bahasa Melayu dari 108 buah sekolah menengah di negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar responden mempunyai keupayaan mengajar yang tinggi tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dari segi keupayaan mengajar mengikut jantina, umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar.

Additional Files

Published

31-01-2004

How to Cite

Shaari, A. S., Yaakub, N. F., & Awang Hashim, R. (2004). Keupayaan Mengajar Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 1(1), 179–198. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7573