Ketahanan Diri Akademik Dalam Kalangan Murid Daripada Ibu Bapa Bercerai

  • Marini Kasim Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nor Shafrin Ahmad Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Abstract

Tujuan – Kajian ini dilakukan untuk menentukan pengaruh faktor pelindung dan kekuatan dalaman terhadap ketahanan diri akademik dalam kalangan murid dari ibu bapa bercerai. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti dimensi faktor pelindung dan kekuatan dalaman yang menjadi peramal yang berkesan bagi menentukan ketahanan diri akademik murid dari latar belakang ibu bapa yang bercerai.

Metodologi – Kaedah penyelidikan gabungan (mixed-methods) antara kuantitatif dan kualitatif digunakan melalui pengumpulan data secara soal selidik dan temu bual ke atas murid tingkatan empat dari sekolah-sekolah yang terpilih di Kedah. Responden bagi soal selidik untuk kaedah kuantitatif terdiri daripada 46 orang murid tingkatan empat dari 19 buah sekolah di Kedah yang telah dikenal pasti sebagai murid dari keluarga yang ibubapa bercerai. Seterusnya untuk kaedah kualitatif pula seramai lima orang murid telah dipilih secara persampelan bertujuan mengikut keperluan kajian untuk ditemu bual berdasarkan status perkahwinan ibu bapa (bercerai). Kaedah triangulation digunakan untuk melihat kesepadanan antara data kuantitatif dan kualitatif agar dapatan kajian adalah lebih komprehensif.


Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan tahap faktor pelindung, kekuatan dalaman dan ketahanan diri murid adalah tinggi. Hasil temu bual menunjukkan faktor pelindung memainkan peranan yang lebih bagi meningkatkan ketahanan diri berbanding kekuatan dalaman. Semua murid yang ditemu bual mempunyai hubungan yang rapat dan menghargai perhubungan erat sama ada dalam kalangan adik beradik, kawan-kawan ataupun guru di sekolah.


Signifikan – Hasil kajian membuktikan terdapat keperluan kritikal terutamanya bagi guru untuk memahami faktor-faktor pelindung yang mampu meningkatkan tumpuan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta ketahanan diri murid secara keseluruhannya dalam bidang akademik. Gabungan dapatan secara kuantitatif dan kualitatif telah menyediakan maklumat yang boleh digunapakai oleh guru-guru sebagai garis panduan dalam mengenal pasti langkah-langkah awal yang perlu diambil untuk menangani kesediaan murid untuk belajar jika berlaku perceraian. 


 


ABSTRACT
 
Purpose – This study was conducted to determine the influence of the protective factor and internal strength on academic resilience among students of divorced parents. The study also aims to identify the dimensions of protective factors and internal strengths that become the predictors of student’s academic resilience of divorced parents.

Methodology – Mixed methods approach of quantitative and qualitative methods were administrated through questionnaires and interviews with form four students from selected schools in Kedah. The respondents for quantitative methods consist of 46 form four students who have been selected through systematic sampling from 19 schools in Kedah. As for the qualitative method, 5 pupils were selected using purposive sampling. The interview questions were designed to further study the role, the influence of protective factors and internal strength in improving students’ academic resilience who are from the divorced parents. The triangulation method is used to see the equivalence between quantitative and qualitative data so that the findings are more comprehensive.


Findings – Overall the findings demonstrate that the variables of protective factors, internal strength and resilience is at a high level. The interview results show that the protective factors play a greate role in improving academic resilience than internal strength. All respondents found close relationships and appreciates the close relationship between siblings, friends or teachers at school.


Significant – The findings indicate that there is a critical need especially for teachers to understand the protective factors that can enhance the focus of the students during the teaching and learning process as well as the students’ overall resilience in the academic field. The combined quantitative and qualitative findings have provided information that teachers can use as a guideline inidentifying the initial steps that need to be taken to address students’ readiness to learn in the event of divorce.


Keywords: Resilience, protective factor, internal strength, divorce, Teori Ekologi Bronfenbrenner, Richardson Resilence Model.

Published
2019-11-06
How to Cite
KASIM, Marini; AHMAD, Nor Shafrin. Ketahanan Diri Akademik Dalam Kalangan Murid Daripada Ibu Bapa Bercerai. Malaysian Journal of Learning and Instruction, [S.l.], v. 16, n. 1, p. 233-256, nov. 2019. ISSN 2180-2483. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7321>. Date accessed: 15 dec. 2019. doi: https://doi.org/10.32890/mjli2019.16.1.7321.