Kesan Modul Intervensi Pendekatan Terapi Realiti terhadap Perubahan Keyakinan Diri Berubah dalam kalangan Penagih Dadah (Effects of the Reality Therapy Intervention Approach on Changes in Self-Confidence among Drug Addicts)

Authors

  • Amran Idris Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia
  • Fuziah Shaffie‬ Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia
  • Saralah Devi Mariamdaran Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jps2020.23.5

Keywords:

Penagih dadah, penagihan semula, Intervensi Pendekatan Terapi Realiti, Pusat Koreksional Dungun

Abstract

Penagih dadah menjadi isu penting yang memerlukan perhatian daripada semua pihak. Statistik penagihan semula telah menunjukkan terlalu ramai bekas penagih kembali menagih setelah bebas dari pusat pemulihan dan pusat koreksional. Namun situasi penagihan berulang (relaps) berlaku disebabkan oleh kurangnya keyakinan untuk berhenti dari menagih. Penyelidik-penyelidik lepas ada mencadangkan implementasi modul sebagai medium untuk penagih berubah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunan modul Intervensi Pendekatan Terapi Realiti terhadap efikasi kendiri penagih dadah. Kajian secara kuasi eksperimental ini menggunakan soal selidik Pain Self-Efficacy Questionnaire (PSEQ) yang diterjemahkan secara back to back yang mengandungi 10 item yang perlu dijawab oleh responden. Kajian secara kuantitatif bertujuan untuk melihat keyakinan diri untuk berubah dalam kalangan penagih dadah dalam proses pemulihan. Pemilihan responden melibatkan penagih yang menjalani hukuman di Pusat Koreksional Dungun dan dipilih secara rawak bertujuan. Responden penagih dadah telah dipilih seramai 72 yang merupakan penagih yang berulang. Penagih dadah yang dipilih tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu keumpulan rawatan dan kumpulan kawalan iaitu seramai 36 orang menerima rawatan Intervensi Pendekatan Terapi Realiti dan 36 orang tanpa rawatan. Hasil analisis SPANOVA menunjukkan modul Intervensi Pendekatan Terapi Realiti menyumbang secara signifikan terhadap keyakinan diri berubah penagih dadah secara terus. Kajian ini mengesahkan bahawa modul boleh dijadikan alternatif untuk memberi kesedaran kepada penagih dadah untuk berubah. Oleh itu dicadangkan kepada Pusat Koreksional dan pusat pemulihan untuk memanfaatkan setiap modul bagi meningkatkan keyakinan diri untuk berubah dalam kalangan penagih dadah.

Metrics

Metrics Loading ...

References

Rujukan

Asnarulkhadi A. S (2002). Pengantar Pembangunan Komuniti. Institut Pendidikan jarak Jauh (Ideal). Serdang: Universiti Kebangsaan Malaysia.


Brownell, K.D., Marlatt, G.A., Linchtenstein, E., Wilson, G.T. (1980). Understanding and
Preventing Relapse. American Psychologist, 41:765-782.

Huzili, H., Nur Salimah, A., Mohamad Hashim, O., & Nordin, A.R. (2014). The Effects of Cognitve Behavioural Therapy Group Intervention on Self-Esteem Among Drug Users Based on Age. Journal of Asian Scientific Research, 4(11): 618-630.
Jordhy, M.C. (2014). The Impact of Horse Assisted Theraphy on Self-Esteem: A Study Involving Youth in Treatment for Substances use Disorder. Unpublished Master Thesis, University of Oslo.
Lettieri D.J., Sayers M., & Pearson H.W. (1980). Theories On Drug Abuse: Selected Contemporary Perspectives.METROTEC, 1-120.
Lily Mastura H & Ooi B. K (2004). Penerokaan gaya hidup penagih dadah: Perspektif teori psikologi individu. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 12(20): 11.
Patricia, S. & Robert, L.S. (2005). Substance Abuse Counseling: Theory and Practice (3rd Edition). New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall. Procidano, M.E. & Heller, K. (1983). Measures of Perceived Sosial Support From Friend and From Family in Drug Abuse Prevention: Three Studies. American Journal of Community Psychology, 11, 1-24
Ruhani M. M, Abdullah M. & Nor Ezdianie O. (2012). Keperibadian dan sokongan sosial penghuni PUSPEN: Implikasi terhadap program pemulihan. Jurnal Kemanusiaan. 20 (1): 56-66
Rudolf, H.M., & Christine T. (2008). Outcome Research on 12-Step and Other Self-Help Programs. Textbook of Substance abuse treatment. Washington DC: American Psychiatric Press.

Additional Files

Published

30-12-2020

How to Cite

Idris, A., Shaffie‬, F., & Mariamdaran, S. D. (2020). Kesan Modul Intervensi Pendekatan Terapi Realiti terhadap Perubahan Keyakinan Diri Berubah dalam kalangan Penagih Dadah (Effects of the Reality Therapy Intervention Approach on Changes in Self-Confidence among Drug Addicts). Jurnal Pembangunan Sosial, 23, 79–92. https://doi.org/10.32890/jps2020.23.5