Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam Kalangan Pelajar (Blended Learning Mode Based on Interactive Lecture Module among Students)

Authors

  • Surendran Sankaran Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia
  • Norazlinda Saad Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jps.22.2019.12672

Keywords:

Interactive lecture, dimensi reka bentuk, dimensi penilaian terhadap pengajar, dimensi kandungan, dimensi penilaian

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan yang signifikan antara Dimensi Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian dengan Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Pendekatan kajian kuantitatif dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil kursus Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak kajian. Seramai 243 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Dalam kajian rintis, beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alpha yang tinggi (0.89). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Dimensi Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian dengan Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture. Dapatan ini menjelaskan bahawa untuk meningkatkan tahap Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam kalangan pelajar, dimensi Reka Bentuk, dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian perlu dipertingkatkan.

Abstract

The purpose of this study is to identify the relationship between Design Dimension, Evaluation of Educators Dimension, Content Dimension and Evaluation Dimension with Blended learning mode based on Interactive Lecture Module among students who are taking Computer Applications in Bahasa Melayu. The quantitative research approach in this study is descriptive using the survey method. The population of this research is students who are taking Computer Applications in Bahasa Melayu. The purposeful sampling was used to obtain a group of respondents who have certain characteristics according to the requirements of the study. A total of 243 students was selected as the study sample. In the pilot study, several aspects of item adjustment were carried out resulting in a high Cronbach Alpha value (0.89). The collected data were analyzed using descriptive statistics and Pearson correlations. The findings of the study indicate that there is a significant relationship between the Design Dimension, Evaluation of Educators Dimension, Content Dimension and Evaluation Dimension with Blended learning mode based on Interactive Lecture Module among students who are taking Computer Applications in Bahasa Melayu. The findings explain that in order to increase the level of Blended learning mode based on Interactive Lecture Module among
students, the Design Dimension, Evaluation of Educators Dimension, Content Dimension and Evaluation Dimension need to be enhanced.

Keywords: Interactive lecture, design dimension, evaluation of educators dimension, content dimension, evaluation dimension.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

31-12-2019

How to Cite

Sankaran, S., & Saad, N. (2019). Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam Kalangan Pelajar (Blended Learning Mode Based on Interactive Lecture Module among Students). Jurnal Pembangunan Sosial, 22, 1–19. https://doi.org/10.32890/jps.22.2019.12672