Hak Isteri dalam Perkahwinan dengan Orang yang Hidup dengan HIV dan Aids (Wife Rights in Marriage with People Living with HIV and Aids)

  • MD. ZAWAWI ABU BAKAR Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • RAJWANI MD. ZAIN Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • WAN AB RAHMAN KHUDZRI WAN ABDULLAH Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Makalah ini bertujuan menjelaskan hak isteri dalam perkahwinan dengan suami yang hidup dengan HIV dan Aids. Hak tersebut seperti nafkah zahir atau batin kepada isteri yang terabai yang menyebabkan kehidupan mereka menderita. Justeru, satu kajian kualitatif telah dilakukan untuk mengenal pasti isu yang berlaku dalam hubungan suami isteri. Kaedah kajian arkib seperti peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI), fiqh munakahat dan sorotan kajian lepas telah digunakan. Selain itu, kaedah temubual juga telah dilakukan untuk menjawab objektif kajian. Seramai 9 orang responden terdiri daripada para isteri kepada penghidap AIDS telah ditemubual bagi mendapat data kajian. Data yang diperolehi ini, akhirnya dianalisis secara manual (QDA). Hasil kajian menunjukkan berlaku diskriminasi terhadap isteri dalam bentuk nafkah zahir dan batin. Kajian akhirnya menyimpulkan bahawa para isteri yang hidup dengan HIV dan Aids (OHDHA) perlu kepada bimbingan dan pemahaman mengenai cara menangani isu diskriminasi atau perlakukan darar oleh pasangan mereka (suami).

Published
2014-10-01
How to Cite
ABU BAKAR, MD. ZAWAWI; MD. ZAIN, RAJWANI; WAN ABDULLAH, WAN AB RAHMAN KHUDZRI. Hak Isteri dalam Perkahwinan dengan Orang yang Hidup dengan HIV dan Aids (Wife Rights in Marriage with People Living with HIV and Aids). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 203-215, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15819>. Date accessed: 02 dec. 2021.