Kajian Tokoh Nasional Menggunakan Pensejarahan Lisan: Satu Kajian Awal (National Figures Studies Using Oral Historiography: A Preliminary Study)

  • AZMI SHAARI Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • ZAINUDIN OMAR Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • YAHYA MAHMOOD Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • NOOR AZNIZA ISHAK Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • ABU SEMAN AWANG Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • AZEMI SHAARI Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • HAMZAH SAMAT Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kajian berkenaan tokoh-tokoh tempatan bagi tujuan dokumentasi tidak banyak dilakukan kerana budaya dan kesedaran tentang kepentingan dokumentasi masih belum meluas dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dengan itu kajian ini penting kerana melibatkan tokoh-tokoh berautoriti dalam bidang masing- masing. Mereka dipilih berdasarkan empat kriteria seperti mempunyai kekayaan, kuasa atau politik, personaliti dan berkemahiran sangat tinggi sehingga dapat membina kejayaan, autoriti dan pengaruh tersendiri dalam bidang masing-masing. Kajian disandarkan kepada Teori Pembelajaran Sosial Krumboltz menggunakan kaedah kualitatif sebagai metodologi dan kaedah analisis data kajian. Kutipan data dilakukan secara temubual semi struktur di bawah kaedah pensejarahan lisan. Kaedah pensejarahan lisan atau oral history yang melibatkan temubual berstruktur dipilih atas kesesuaiannya dengan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya corak kesamaan dalam faktor-faktor yang menjadi domain kajian iaitu kesamaan dari segi kesedaran terhadap latar belakang, bakat, keupayaan diri (mental dan fizikal), manipulasi persekitaran dan faktor nasib. Manakala faktor konflik diri menjadi suatu penemuan baru yang belum dikemukakan dalam teori asal. Dengan itu boleh dirumuskan kesemua tujuh responden bersetuju keempat- empat faktor iaitu baka/keturunan, persekitaran, pendidikan dan kemahiran sebagai faktor yang mendasari kejayaan mereka. Kajian ini telah memenuhi objektif kajian bahawa responden berkongsi tema yang sama dalam analisis data yang dilakukan. Namun demikian, disebabkan skop kajian yang besar, kajian ini memerlukan tambahan kos dan tempoh masa bagi memperincikan lagi tema-tema yang lebih mendalam untuk menjadikannya dokumentasi yang lebih lengkap.

Published
2014-10-01
How to Cite
SHAARI, AZMI et al. Kajian Tokoh Nasional Menggunakan Pensejarahan Lisan: Satu Kajian Awal (National Figures Studies Using Oral Historiography: A Preliminary Study). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 189-201, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15818>. Date accessed: 19 jan. 2022.