Motif Keusahawanan dalam Kalangan Usahawan Melayu Negeri Kedah (Motives of Entrepreneurship among Malay Entrepreneurs in Kedah State)

  • SOLAHUDDIN ABDUL HAMID Pusat Pengajian Umum,Universiti Utara Malaysia
  • CHE ZARRINA SA’ARI Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • NOR AZZUWAL KILA Sekolah Keb. Dato’ Wan Kemara, Changlun Kedah

Abstract

Secara fitrahnya, manusia tidak mungkin berikhtiar bersungguh-sungguhtanpa sebarang motif untuk memenuhi keinginan atau memperolehi sesuatu. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti motif yang mempengaruhi masyarakat Melayu menceburi bidang keusahawanan tanpa mengira bentuk dan skala perniagaan mereka. Pengkaji telah menklasifikasikan keutamaan motif keusahawanan kepada dorongan keagamaan, untuk mendapat kedudukan dalam masyarakat, pembangunan kendiri, keinginan kepada kebebasan serta mendapatkan keuntungan serta jaminan. Sebanyak 102 orang usahawan Melayu yang telah diklasifikasikan sebagai berjaya dalam keusahawanan oleh Pejabat MARA negeri Kedah telah dipilih sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati, majoriti responden telah memilih dorongan keagamaan sebagai motif utama mereka terlibat dalam bidang keusahawanan. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kepercayaan agama responden iaitu agama Islam. Tasawwur, pola berfikir, sistem nilai serta struktur sosial dalam Islam sentisa mementingkan keseimbangan pembangunan ekonomi dan kerohanian.

Published
2014-10-01
How to Cite
ABDUL HAMID, SOLAHUDDIN; SA’ARI, CHE ZARRINA; KILA, NOR AZZUWAL. Motif Keusahawanan dalam Kalangan Usahawan Melayu Negeri Kedah (Motives of Entrepreneurship among Malay Entrepreneurs in Kedah State). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 177-188, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15817>. Date accessed: 02 dec. 2021.