Tahap Nilai Harapan Tenaga Kerja Migran Indonesia Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia di Luar Negara (Value-Expectancy Level of Overseas Indonesian Migrant Workers in Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia)

  • BUDIJANTO BUDIJANTO Fakultas Ilmu Sosial, Universitas Negeri Malang
  • WAN IBRAHIM WAN AHMAD Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Sumbangan pendapatan daripada tenaga kerja luar negara memberikan impak positif ke atas pembangunan ekonomi masyarakat setempat di Indonesia. Penyelidikan ini bertujuan untuk memperoleh gambaran umum tahap nilai harapan tenaga kerja Indonesia yang bekerja di luar negara. Penyelidikan ini yang menggunakan rekabentuk tinjauan, dilakukan di Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia. Untuk mencapai objektif ini, 250 orang TKI luar negara yang sedang bercuti di kawasan kajian telah dipilih untuk ditemubual. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pekerja migran pada umumnya berjaya meningkatkan pencapaian nilai harapan mereka hasil daripada pendapatan yang mereka perolehi daripada luar negara. Pendapatan yang mereka miliki mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tahap pencapaian nilai harapan dalam konteks tujuh dimensi yang ditanyakan kepada mereka, iaitu meningkatkan kemakmuran, status, keselesaan, stimulan, otonomi, afilliasi dan moraliti tenaga kerja yang terlibat. Oleh yang demikian bekerja sebagai migran di luar negara didapati terbukti meningkatkan tahap ekonomi, status sosial dan penonjolan gaya-hidup yang diinginkan oleh penduduk di kawasan kajian.

Published
2014-10-01
How to Cite
BUDIJANTO, BUDIJANTO; WAN AHMAD, WAN IBRAHIM. Tahap Nilai Harapan Tenaga Kerja Migran Indonesia Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia di Luar Negara (Value-Expectancy Level of Overseas Indonesian Migrant Workers in Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 159-176, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15816>. Date accessed: 02 dec. 2021.