Kesunyian dalam Kalangan Golongan Kurang Upaya (OKU): Satu Kajian di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi

  • MARINY ABDUL GHANI Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
  • AZIZUL MOHAMAD Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Malaysia Perlis

Abstract

Pelbagai istilah digunakan bagi merujuk kumpulan individu yang mempunyai kekurangan dari aspek fizikal, mental, intelektual dan/atau sensasi deria. Golongan ini sinonim dengan gelaran orang kurang upaya atau orang kelainan upaya (OKU), golongan istimewa atau cacat. Kecacatan yang dialami oleh individu lazimnya mengurangkan lagi peluang mereka untuk berhubung secara lebih berkesan dengan individu lain. Disamping itu, mereka juga mendapati diri meraka sedikit terpisah daripada aktiviti sosial. Situasi sebegini boleh membawa kepada perasaan kesunyian dan keterasingan dalam kalangan OKU. Maka, penyelidikan ini cuba mengambil inisiatif untuk mengkaji fenomena kesunyian dalam kalangan mereka supaya perspektif mereka dapat diterokai dan lebih difahami dengan mendalam. Penyelidikan ini melaporkan dapatan kajian yang dilakukan untuk mengkaji tahap kesunyian yang dialami oleh golongan orang kurang upaya. Sampel kajian adalah terdiri daripada 64 orang pelatih OKU dari Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Majoriti responden adalah para pelatih yang mengalami kecacatan fizikal jangka panjang. Pengukuran bagi tahap kesunyian adalah dengan menggunakan instrumen Skala Kesunyian UCLA oleh Russell, Peplau dan Ferguson (1978). Keputusan analisis statistik inferensi menunjukkan tiada perbezaan min kesunyian yang signifikan berdasarkan beberapa ciri demografi terpilih seperti jantina, status dalam berpasangan serta kategori punca kecacatan yang dialami oleh para pelatih di pusat latihan tersebut. Implikasi dan beberapa saranan turut dibincangkan sebagai kesimpulan di akhir artikel ini.

Published
2014-10-01
How to Cite
ABDUL GHANI, MARINY; MOHAMAD, AZIZUL. Kesunyian dalam Kalangan Golongan Kurang Upaya (OKU): Satu Kajian di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi. Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 147-157, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15815>. Date accessed: 19 jan. 2022.