Tanggapan Komuniti Iban terhadap Tahap Penyertaan dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) (The Perception of the Iban Community towards the Level of Participation in Public Wellbeing Development Scheme (PWDS)

  • KWOK CHIN HOE Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
  • HARIS ABD WAHAB Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

Abstract

Tanggapan terhadap program pembasmian kemiskinan merupakan elemen penting dalam menentukan tingkat keterlibatan masyarakat dalam program yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan. Artikel ini menghujahkan bahawa masyarakat yang memiliki tanggapan positif terhadap program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan akan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam menjayakan program pembasmian kemiskinan yang direncanakan untuk mereka. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti hubung kait antara tahap tanggapan komuniti Iban dengan tahap penyertaan mereka dalam salah sebuah program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di kawasan kajian iaitu Daerah Song, Sarawak. Subjek kajian ini terdiri daripada 260 orang Ketua Isi Rumah (KIR) di rumah panjang yang dipilih menerusi tiga tahap pensampelan rawak bagi menjawab borang soal selidik yang telah dibina. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menunjukkan lebih daripada separuh (51.2%) KIR di rumah panjang berada pada tahap sederhana dari segi tanggapan terhadap program di bawah SPKR. Manakala bilangan mereka yang berada pada tahap tanggapan rendah (31.2%) adalah lebih ramai berbanding dengan mereka yang berada pada tahap tanggapan tinggi (17.7%). Analisis statistik Khi Kuasa Dua pula menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan (p ≤ 0.05) antara tahap tanggapan masyarakat Iban terhadap program di bawah SPKR dengan tahap penyertaan dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah skim berkenaan.

Published
2014-10-01
How to Cite
HOE, KWOK CHIN; ABD WAHAB, HARIS. Tanggapan Komuniti Iban terhadap Tahap Penyertaan dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) (The Perception of the Iban Community towards the Level of Participation in Public Wellbeing Development Scheme (PWDS). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 109-121, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15813>. Date accessed: 02 dec. 2021.