Masalah Sosial yang Berlaku dalam Komuniti Pesisir di Kelantan (Social Problems in Offshore Community in Kelantan)

  • ZULFIKRI ABD. WAHAB Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan
  • YOHAN KURNIAWAN Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan
  • HARIS ABD. WAHAB Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk masalah sosial yang berlaku dalam komuniti pesisir. Masalah sosial yang berlaku dalam kouniti pesisir boleh dikategorikan kepada masalah sosial dalam bentuk keadaan sosial dan masalah sosial dalam bentuk tingkahlaku anti sosial. Kajian dilakukan di Kampung Nelayan Kandis, Bachok dan Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan. Seramai 250 orang responden telah dipilih secara rawak dan ditemubual menggunakan borang soalselidik. Masalah sosial dalam bentuk keadaan sosial yang banyak berlaku dalam komuniti pesisir ialah masalah pengangguran, kemiskinan, bekalan air bersih dan masalah kesihatan. Manakala masalah sosial dalam bentuk tingkahlaku antisosial yang banyak berlaku dalam komuniti pesisir ialah masalah penyalahgunaan dadah dan ganja, mencuri, mengambil pil khayal dan lepak. Pencegahan dan penyelesaian masalah sosial dalam komuniti pesisir memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

Published
2014-10-01
How to Cite
ABD. WAHAB, ZULFIKRI; KURNIAWAN, YOHAN; ABD. WAHAB, HARIS. Masalah Sosial yang Berlaku dalam Komuniti Pesisir di Kelantan (Social Problems in Offshore Community in Kelantan). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 87-108, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15812>. Date accessed: 19 jan. 2022.